Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 LAMAN RASMI LAPORAN TERKINI PEMBENTANGAN BAJET 2011

Friday, October 15, 2010



Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2010.  Di antara Ringkasan atau Intipati Bajet 2011 adalah :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.

2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008

3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.

4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan

5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF

6)Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi

7)KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020

8) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat

9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.

10)
Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera 


11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran. 
 
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.


13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )


14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanian
P/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.


15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA


16) Sektor pelancongan - 1) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar 2) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC - Bukit Bintang 3) susun semula jabatan penerbangan awam


17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan.


18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan


19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit


20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan


21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris

24) Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri


25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.


26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.


27)  Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon
 
28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.


29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011


30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU ...


31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta

32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000.


33) Pembeli rumah dapat pinjaman 100 peratus kepada mereka yang berpendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3,000 untuk pembelian rumah pertama


34) Penduduk luar bandar RM6.9 bilion disediakan utk sediakan kemudahan asas di luar bandar termasuk naik taraf jalan di Sabah dan Sarawak, bekalan air dan elektrik di Sabah dan Sarawak serta Semenanjung


35) Harga barang - Kerajaan akan wujudkan portal interaktif untuk rakyat mengetahui perkembangan terkini harga barang melalui internet dan SMS


36) : Kerajaan akan teruskan projek PIA/PIAS dengan peruntukan RM500 juta. Baik pulih kemudahan awam, pendawaian semula dll. Pelaksanaan projek seperti ini akan bantu kontraktor kelas F di seluruh negara


37)Elaun Pengerusi JKKK dan JKKP, tok batin, pengerusi kampung baru dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa kini. Elaun kehadiran mesyuarat dinaikkan daripada RM30 kepada RM50 


38) Elaun bulanan imam dinaikkan daripada RM400 kepada RM750 manakala imbuhan guru KAFA daripada RM500 kepada RM800 sebulan bermula Januari 2011


39) Kadar tol 4 lebuh raya PLUS tak akan naik untuk tempoh 5 tahun bermula serta merta


40) 25 klinik 1Malaysia akan ditambah lagi


41) Kerajaan setuju mansuhkan sistem penilaian kecekapan awam dan diganti dengan sistem penilaian yang lebih sesuai menjelang Jun 2011


42) PERUNTUKKAN RM365 JUTA UNTUK PENYELIDIKAN DAN PENGANJURAN SUKAN


43) Naikkan had pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM300,000 pada masa kini untuk kakitangan kerajaan

44) Kerajaan memperuntukkan RM350 juta untuk melaksanakan pelbagai program membanteras jenayah dalam usaha mewujudkan persekitaran selamat di negara ini

45) RM6.9 BILION UNTUK INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR

Kesimpulannya, strategi yang baik telah disusun tetapi warga pesara kerajaan dan bonus untuk kakitangan awam tiada dalam pembentangan bajet 2011

  
4 Strategi Utama Bajet 2011 ialah:
  1. Mendaya kembali pelaburan swasta.
  2. Membangun modal insan.
  3. Mensejahtera hidup rakyat.
  4. Memantapkan sektor kerajaan.
1. Mendaya kembali pelaburan swasta

  • PM mengumumkan Skim Pencen Pekerja Swasta mulai pertengahan tahun depan.
  • Dewan gamat apabila PM mengumumkan duti 300 barangan import yang digemari oleh pelancong luar dan rakyat negara ini dimansuhkan..Antara barangan yang dimansuhkan adalah duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan!!
  • RM200 juta utk industri kreatif- filem, drama, kegiatan seni etc.

2. Membangun modal insan
  • Belanjawan sebanyak 29.3 billion untuk Kementerian Pelajaran Malaysia, 10.2 billion untuk Kementerian Pelajaran Tinggi, 627 juta kepada Kementerian Sumber Manusia.
  • Kerajaan memperkenalkan Program latihan 1Malaysia dan peruntukan sebanyak 500 juta bagi menjayakan program latihan ini.

3. Mensejahtera hidup rakyat
  • Program bantuan warga emas dan program bantuan kanak-kanak.
  • Pengecualian 100% duti eksais ke atas sebuah kenderaan nasional yang dibeli oleh OKU.
  • 568 juta bagi membina unik kediaman pelbagai projek.
  • 50 juta utk skim pembiayaan pinjaman perumahan kos rendah.
  • Skim rumah pertama kepada golongan muda yang berpendapatan kurang dari RM3k sebulan utk pembelian rumah tidak melebihi 220K serta pengecualian duti setem.
  • 6.9 billion utk naik taraf kawasan luar bandar seperti menyediakan bekalan air dan elektrik di luar bandar.
  • Melaksanakan bantuan rumah untuk golongan miskin tegar.
  • 974 juta sebagai pemberian subsidi benih padi dan baja padi.
  • 170 juta bagi insentif hasil tangkapan nelayan.
  • Seragamkan harga barangan dengan mengadakan pengedaran barang perlu dengan bantuan sebanyak 200 juta.
  • Elaun bulanan imam naik dari Rm450 kepada RM700
  • Elaun guru KAFA naik dari RM500 kepada RM800 mulai Januari 2011.
  • 100 juta untuk pembangunan orang asli dan pribumi.
  • Bagi meringankan beban pengguna lebuhraya PLUS kadar tol tidak akan dinaikkan dalam tempoh 5 tahun.
  • Memperluaskan perkhidmatan kesihatan awam.
  • Membanteras jenayah dan menjamin keselamatan. 350 juta utk melaksana program ini.
  • Memperkasa peranan badan bukan kerajaan.(peruntukan 70 juta utk program yg melibatkan NGO dalam menangani gejala sosial bersama kerajaan)
  • 1.9 billion utk biayai projek pemuliharaan alam sekitar dan sungai.
Dan yang ditunggu oleh penjawat awam..
  • Cuti bersalin 90 hari!!(tertakluk kepada jumlah cuti yang diperuntukkan)
  • Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya.
  • Bantuan RM500 kepada penjawat awam yg akan dibayar pada Disember.
  • Menyambung khidmat pegawai khidmat singkat utk setahun lagi.

Sila lawati Laman Rasmi BAJET 2011






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top