Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 iLMU dan iSLAM

Thursday, October 14, 2010

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"



Umat Islam mesti tingkatkan kesedaran, serta bermuhasabah dalam 
mengurus hidup di dunia dan akhirat. Renungan bersama ..


Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-Nya, hanyalah para ulama.” (Surah al-Faathir, ayat 28) 

Kerana ilmu jugalah manusia akan dibezakan Allah SWT mengikut darjat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang yang beriman antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)  

Pendek kata, akhlak dan budi seolah-olah butir permata yang sudah hilang daripada kehidupan orang Islam. Setiap insan yang berfikir perlu insaf bahawa kewujudannya mempunyai matlamat, perjalanannya mempunyai haluan dan hidupnya mempunyai tugas serta tanggungjawab.

Justeru, sebagai entiti penting dalam masyarakat, umat Islam tidak boleh lari daripada meningkatkan kesedaran mengenai persoalan ini dan seterusnya bermuhasabah diri ke arah mengurus kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

Konsep kesarjanaan ilmu wajar menjadi prinsip utama dalam kehidupan setiap individu Muslim yang merdeka. Apa yang paling penting adalah pembelajaran bukanlah hanya untuk kelulusan peperiksaan, sebaliknya adalah momentum ke arah memahami erti hidup sebenar.

Setiap ilmu yang dipelajari wajar ditafsir mengikut kacamata ilmiah yang betul kerana makna belajar itu sendiri boleh ditakrifkan sebagai suatu proses pembinaan idea, penghayatan dan aplikasi ilmu. Hasilnya, hakikat akhir proses belajar itu mampu memimpin seseorang ke landasan kebenaran.

Sebab itulah, malang sekali jika ada yang gagal dalam hidup, gagal akhlak dan budinya sewaktu proses pembelajaran atau menuntut ilmu sedangkan ilmu menjadikan seseorang insan itu mulia dan dihormati. Jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi hari ini.

Kredit:  
Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang 
Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top