Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 CEPAT TAPI MUDARAT

Wednesday, October 20, 2010



 "Malasnya nak masak hari ni! Jom beli burger di restoran makanan segera jelah", itulah penyelesaian paling mudah yang boleh diambil sekiranya malas untuk memasak. Kita juga lebih terdorong untuk memakan makanan segera sekiranya terlalu sibuk menyelesaikan tugasan di pejabat.  Rasa tertekan juga biasanya diubati dengan mengunyah burger atau kentang goreng. Telah nyata, makanan ringan banyak membantu. Namun harus diingatkan, ia turut memberi impak negatif kepada kesihatan kita. Ikuti panduan ini yang menujukkan kadar kandungan zat yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda!


BAHAYA
Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:

a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol





Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)

Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.


Jenis makanan: Ayam Goreng

Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.



Jenis makanan: Susu Kocak (milkshake)

Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.


Jenis makanan: Kentang Goreng

Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.




Jenis makanan: Minuman Cola

Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.

Pilihlah makanan yang berkhasiat dan segar insyaallah kita juga akan menjadi sihat, cergas dan sentiasa produktif!  Demi generasi dan bangsa yang sihat tanpa penyakit kerana pengaruh bahan pengawet yang tidak terkawal melalui pemakanan seperti di atas boleh menyebabkan kematian.  Jadilah pengguna yang bijak kerana DIRI KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN.

Kredit:  ehoza
            infosihat


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top