Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Celcom Perkenal Komputer Tablet

Saturday, October 30, 2010

CHEE (empat dari kanan) dan Zalman Aefendy (kanan) bergambar bersama 10 pelanggan pada majlis penyerahan Blackberry Torch 9800 di Kuala Lumpur, semalam.

Syarikat rancang luas operasi dalam segmen peranti komunikasi generasi baru. CELCOM Axiata Bhd bercadang memperkenalkan komputer tablet mudah alih dan peranti komunikasi generasi baru yang berkaitan di pasaran tempatan menjelang akhir November ini dalam usahanya mengembangkan operasi dalam segmen berkenaan.

Ketika ini, segmen komputer tablet mudah alih di Malaysia diteroka Maxis Bhd menerusi pelancaran Galaxy Tab pada minggu lalu.

Ketua Pemasaran Celcom, Chee Pok Jin, berkata pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai syarikat pengeluar komputer tablet di pasaran untuk bekerjasama memperkenalkan produk generasi baru itu.

Katanya, kini terdapat sekurang-kurangnya enam model komputer tablet diperkenalkan di pasaran antarabangsa dan pihaknya sedang memperincikan pilihan produk bagi memenuhi permintaan pengguna di negara ini.

“Kami merancang memperkenalkan komputer tablet dan pelan perkhidmatan produk itu di pasaran tidak lama lagi. Kami melakukannya bagi memenuhi permintaan pelanggan berdasarkan kemahuan dan keperluan semasa mereka.

“Sekurang-kurangnya ada ada enam hingga tujuh komputer tablet di pasaran dan kami akan mengadakan kerjasama dengan syarikat itu selagi kami tahu ia memenuhi permintaan pengguna, lebih banyak peranti komunikasi termasuk komputer tablet akan kami perkenalkan akhir November nanti,” katanya selepas pelancaran Celcom Blackberry Torch 9800 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengarah Pemasarannya, Zalman Aefendy Zainal Abidin.
Turut berlangsung penyerahan Blackberry Torch 9800 yang dijual pada harga RM8 kepada kepada 10 pembeli terawal, di La Bodega Pavilion.
Sementara itu, Zalman berkata, menerusi Celcom, Blackberry Torch 9800 dipasarkan pada harga RM2,500 di semua cawangan Blue Cube bermula 3 November ini.

Katanya, bagi mencapai sasaran jualan 10,000 unit Blackberry Torch 9800 menjelang akhir tahun, Celcom memperkenalkan pelan tawaran istimewa kepada pelanggannya di bawah pelan Celcom Exec dan Celcom Biz.

Menerusi pelan Celcom Exec, Blackberry Torch 9800 ditawarkan pada harga RM1,388, RM1,588, RM1,688 dengan komitmen bulanan masing-masing sebanyak RM250, RM148 dan RM118.

Manakala bagi pelanggan korporat Celcom pula, ia ditawarkan pada harga RM1,188 dengan komitmen bulanan RM248 dan kontrak selama dua tahun.




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top