Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Berbuat Baik dan Bersabar

Wednesday, October 27, 2010


Di awal perkenalan, semuanya berjalan baik. Tetapi setelah mengenali seseorang, dia berubah, mungkin menjauhkan diri dari kita. Adakah sebab kita berubah? Adakala di hadapan kita, seseorang itu boleh bersikap seperti tidak ada apa-apa berlaku. Tetapi sebenarnya seperti ada sesuatu.   

Tetapi kita tidak mengetahui perkara yang tersembunyi itu. Apabila berlaku sesuatu yang menghampakan, adakala kita tidak ditegur, apatah lagi pandang kita pun tidak sedangkan berada pada satu tempat yang sama.  Lebih ketara lagi apabila mereka ini boleh bertegur sapa dan berborak hebat dengan orang lain yang berada di situ.  Apabila kita mula tegur, baru mereka bercakap dengan kita.

Adakah ini semua perasaan atau bukan?  Tetapi semua itu bukan perasaan jika perkara itu berlarutan. Tetapi kita tidak mengetahui alasannya. Kita cuba tegur atau bercakap dengan dia, tetapi raut wajah dan perwatakannya tidak seimbang dengan pertuturannya. Bermaksud kita boleh merasai sesuatu yang dingin atau hambar dalam sesebuah perhubungan itu tidak kira samada di kalangan rakan atau sesiapa sahaja.

Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,

"Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.

Huraian Riwayat Muslim

1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.

2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.

3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.

4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.

Bagaimana manusia boleh mempunyai lebih daripada satu rupa pada satu masa yang sama (munafik, talam dua muka, hipokrit)? Dan bagaimanakah untuk menjadi muslimin/muslimat sejati?

Terima kasih murabbi




Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top