Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

1 Ikuti Sunnah Rasulullah SAW Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Tuesday, September 07, 2010

Mari kita menghidupkan kembali sambutan lebaran kali ini dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW seperti di bawah:


1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya
Mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w adalah pada hari Jumaat , Hari Arafah , Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

2. Memakai Pakaian/Baju Baru 
Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan bukan sekadar ingin menunjuk-nunjuk baju baru, cantik dan sedondon.Memakai baju baru juga perlu dilakukan penuh kesedaran betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita di hari mulia itu.

3. Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya
Daripada Anas r.a berkata :
" Biasanya Rasulullah s.a.w sebelum pergi solat Aidilfitri , terlebih dahulu baginda makan beberapa biji kurma " ( hadith Riwayat al- Bukhari , bab al'-Aid) 
4. Memperbanyakkan Takbir
Firman Allah S.W.T

"Dan menyebut dengan lidah dan hatinya nama Tuhannya serta mengerjakan solat " (surah al-'Ala:15)
 5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan
Diceritakan daripada Anas,
Rasulullah s.a.w melakukan solat Aidilfitri dua rakaat,Beliau tidak solat sebelum atau selepasnya kemudian baginda pergi ke tempat perempuan bersama bilal.Baginda menyuruh mereka bersedekah.Maka mereka bersedekah.Ada yang menyedekahkan anting-anting dan ada pula yang menyedekahkan kalungnya (Hadith Riwayat al - Bukhari , bab al - 'Aid)
6. Menghidupkan amalan ziarah menziarahi (bukan layan PC/internet jek hehe2)
Amalan ini wajar diteruskan supaya saling kenal mengenali  diantara sanak saudara dan rakan taulan.Kalau amalan ini tidak dihidupkan kemungkinan besar sanak saudara tidak mengenali satu sama lain.lebih2 lagi pertalian darah yang jauh dan sering tidak berjumpa.

7. Masa Untuk Bermaafan 
Jangan ada rasa malu dan ego untuk meminta maaf dan hanya mengharapkan orang lain sahaja yang meminta maaf dengan kita.

Begitu juga janganlah keras hati atau sombong untuk memberikan kemaafan kepada mereka yang memohon.Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan dalam hidup termasuk diri kita sendiri.


8. Mengucapkan Selamat dan Mendoakan kebaikan Antara Satu Sama Lain.
Terutama  lafaz2 yang mengandungi pengertian semoga amalan puasa diterima Allah sebagaimana dilakukan pada zaman Rasullulah s.a.w.

Rujukan: pawaka19

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri semua khas daripada episodbaru!




Related Posts by Categories



1 comment

silbi abigail said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon Maaf Zahir dan Batin.

September 9, 2010 at 1:18 AM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top