Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Ringkasan Tatacara Solat Raya Aidilfitri

Tuesday, September 07, 2010

 Kebiasaannya perkara yang kita JARANG lakukan, pasti kita akan lupa
Oleh itu, sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma kurang 4 hari lagi ini, mari kita belajar langkah demi langkah mengerjakan Solat Raya Aidilfitri. Bagi yang masih ingat mengerjakan Solat Raya, alhamdulillah...Mari kita ikuti ringkasan tatacara mengerjakan Solat Raya Aidilfitri di bawah.
Ringkasan tatacara mengerjakan Solat Raya Aidilfitri
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cara mengerjakannya: 

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

Lafaz Niatnya:

نويت الغسل لعيد الفطر/لعيدالاضحى/ سنة لله تعلى 

NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI / I’DIL ADHA /SUNNATALLILAHI TAA’LA

“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitrah/ hari raya adha (korban) kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha

Lafaz Niat Solat Hari Raya Aidilfitri :

أُصَّلِي سُنَّةَ لِعيدِ الْفِطْرِ/لعيدالاضحى/ رَكْعَتَيْنِ أدأً مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى . الله اكبر

USSALLI SUNNATA LII’DIL FITRI /LI I’DIL ADHA/ RAKA’TAINI ADAAN MA’MUMAN LILLAHI TAA’LA.ALLAHU AKBAR. 

“Sahaja aku sembahyang sunat i’dil fitri/hari raya adha (korban) dua rakaat maa’ mum kerana Allah Taa’la”

2) Takbiratul Ihram
 
3) Doa Iftitah

 
4) Takbir Tujuh kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ “Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak enam kali

 
5) Membaca surah al-Fatihah

 
6) Membaca Surah al-Qur’an

 
7) Rukuk

 
8) Iktidal

 
9) Sujud

 
10) Duduk antara dua sujud

 
11) Sujud kali kedua

 
12) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua


1) Takbir Lima kali dan diselangi membaca zikir seperti سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
 

2) Membaca surah al-Fatihah
 

3) Membaca Surah al-Qur’an
 

4) Rukuk
 

5) Iktidal
 

6) Sujud
 

7) Duduk antara dua sujud
 

8) Sujud kali kedua
 

9) Duduk untuk tahiyyat akhir
 

10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar” sebanyak empat kali


Semoga ringkasan Solat Raya Aidilfitri ini dapat membantu kita semua mengerjakannya dengan mudah dan diterima oleh Allah SWT, insyaallah =)

Rujukan:  al-Fikrah








Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top