Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Rebutlah Khasiat Habbatus Sauda

Wednesday, September 22, 2010

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Banyak kajian telah dijalankan keatas habbatus sauda. Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti:

  • untuk menghasilkan kulit muka yang cerah
  • membantu merawat batuk dan asma
  • kencing manis
  • selsema
  • keguguran rambut
  • tekanan darah tinggi
  • masalah untuk tidur
  • sakit-sakit otot dan sendi
  • rasa loya dan muntah
  • mengurangkan kolesterol
  • merawat batu karang dan sebagainya.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ''Gunakanlah Habbatus Sauda' kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)" (HR.Bukhari, Muslim)

Antara produk Habbatus Sauda ialah Barakah seperti gambar di bawah:
 
Barakah Tablet
 
Diantara kajian-kajian yang telah di buat:
  • Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan bahawa Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
  • Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
  • Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda:
  • Fixed Oil (saturated dan unsaturated)
  • Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene)
  • Alkaloids
  • Saponin
  • Asid Amino.
Ciri-ciri utama habbatus Sauda:
  • Nilai pemakanan Habbatus Sauda kaya dengan: monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dan sebagainya. 
  • Sistem imunisasi. Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
  • Anti-histamine. Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
  • Anti-tumor. Kajian mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
  • Anti-bakteria. Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
  • Anti-radang (anti-inflammation). Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi), menggalakkan pengeluaran susu. Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KHASIAT HABBATUS SAUDA’  PADA KESIHATAN
 
Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan habbatus sauda’ secara spesifik ke atas jenis-jenis sakit dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.  

Kepala
Dada
Perut
Pinggang-kaki
Sakit kepala
Radang
Batu karang
Gout
Sakit gigi
Juandice
Batu hempedu
Keampuhan lelaki
Migraine
Batuk
Gastrik
Melancarkan peredaran haid
Kelemumur
Batuk kering
Ulser
Mencergaskan seksual
Kelumpuhan muka 
(facial palsy)
Bronkial asthma
Kardiak asthma
Merawat sisitem
Penghadaman
Sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis
Amnesia
Paru-paru berair
Senggugut
 
Pengeluar kahak 
(expectorant)
Degupan jantung
(palpitation)
Memusnah organisma 
dlm
Hati,limpa 
& buah pinggang
Sakit tuan
(Premature ejaculation)
Lumpuh
Menambah susu ibu
Membunuh
Parasit
Buasir (Haemorrhoids)
Selsema
Merawat sistem pernafasan
Chronic dysentry
 
Katarak
Cirrhosis of liver
Cirit birit
 
Radang gusi
Memperbaiki kontur buah dada
Colic
 
Gusi berdarah
 
 
 
Sakit telinga
 
 
 
Mencerdaskan mental
 
 
 

Berikut adalah khasiat dan keupayaan penyembuhan serta fungsi habbatus sauda’ secara umum pada badan manusia dan telah dibuktikan secara saintifik serta ujian klinikal.   

Luka
Cold
Infeksi
Kulit kering
Psoriasis
Eczema
Alahan (allergies)
Bisa lebah dan tebuan
Gigitan anjing gila
Gatal kulit
Menguatkan kelenjar
Mengelakkan barah
Mengatasi kecacatan kulit
Diabetes mellitus
Anti-kulat
Anti-bakteria
Anti-oksidan
Anti-radang
Gigitan ular
Myrmecia
Eruptions
Puerperal fever
Sclerosis
Orchitis
Kutil (corns)
Ketuat (warts)
Sakit tulang (calluses)
Bengkak (swelling)
Masalah hempedu/hati
(bilious ailments)
Anti punca demam
(Anti-pyretic)
Sengal tulang (rheumatism)
Menghilangkan sakit (analgesic)
Menurunkan kadar kandungan darah
Antihistamin aktiviti-sesuai untuk
merawat allergik

Habbatus sauda’ kaya dengan asid lemak poli tak tepu yang membantu mengeluarkan prostaglandin E1 yang fungsinya berkait rapat dengan perkara-perkara berikut :- 

Memperkuat sistem imunasi
Memperbaiki metabolisma gula
Melindungi dinding perut
Blood clots
Infeksi kulit
 
 
Jika diolah bersama antibiotic seperti streptomycin dan gentamycin habbatus sauda’ mampu merangsang seluruh aktiviti antibakteria.

Jika diolah bersama erythromycin, tobramycin, doxycydine dan ampicillin habbatus sauda’ menunjukkan fungsi antibakteria yang lebih kuat sehingga mampu membunuh E-Coli, organisma pathogen seperti Candida albicans, staphylococcus dan yis.
  
Jika diolah dengan bawang putih habbatus sauda’ berfungsi mengharmonikan kembali autoimmune disorder, dan menghalang  immune cells dari memusnahkan sel yang sehat. (Autoimmune disorder bererti keadaan dimana pesakit menderita akibat sistem tubuhnya sendiri menyerang fizikal tubuhnya.
 
Kandungan Habbatus sauda’ terutamanya asid lemak poli tak tepu juga merangsang penambahan pengeluaran prostaglandin E1, satu unsur seakan hormon yang berfungsi sebagai penstabil kepada beberapa fungsi pada tubuh badan seperti :- 
 
i.     Fungsi otak
ii.    Fungsi saraf
iii.   Fungsi jantung

 
KEUPAYAAN SEBAGAI ANTI TUMUR
 
Pada tahun 1998 sekumpulan saintis dari The college of pharmacy, university of Kentucky, USA,  mengkaji secara aktiviti in vitro anti tumour pada blackseed mentah (crude) dan juga komponen blackseed yang telah disaring. Dua komponen penting yang disaring adalah thymoquinone (TQ) dan dithymoquinone (DIM).
 
Gambarajah 4. Thymoquinone dan Dithymoquinone
Gambarajah 4. Struktur formula thymoquinone ( TQ) dan dithymoquinone (DIM ) 

Dalam kajian ini komponen  mentah dan ekstrak minyak blackseed dan juga quinines TQ dan DIM yang disaring dinilai in vitro bagi menentukan tahap toksik terhadap pancreatic adenocarcinoma cell line CFPAC-1 manusia, uterine sarcomacell line MES-SA dan varian MDR, Dx5 , leukekik cell line K562 manusia dan MDR varian R7.

Kadar toksik TQ dan DIM  dibandingkan dengan standard rawatan kanser, doxorubicin DOX and etoposide, ETP. Kedua-dua drug tersebut telah terbukti berkesan mengurangkan in vitro cytoxicity bagi sel yang menghasilkan bahan radikal. 

Kajian ini mendedahkan yang quinines TQ dan DIM, dua kandungan penting Nigella sativa, sangat  memusnahkan (cytotoxic) untuk beberapa jenis sel in vitro manusia. Begitu juga kedua-dua TQ dan DIM sama kesan pemusnahnya untuk MDR sel tumor. Ini memberikan pengharapan bahawa ia mungkin berguna sebagai ubat anti kanser disamping berguna untuk merawat MDR tumor resistant

Kandungan aktif biji-bijian nigella sativa yang mengandungi sebahagian asid lemak dikaji tentang aktiviti anti tumurnya berbanding Ehrlich ascites carcinoma (EAC), sel Dalton’s lymphonia ascites (DLA) and Sarcoma-180 (S-180). Haiwan yang menerima sel EAC dan black seed didapati tetap normal tanpa tanda-tanda kesan pembentukan tumor. Keadaan ini menjelaskan bahawa bahan aktif mempunyai kesan keupayaan sebagai anti tumor berbanding EAC.Hasil dari kajian juga mendapati bahawa haiwan yang menerima sel DLA dan black seed menunjukkan bahwa bahan aktifnya mampu menghalang perkembangan dan pembentukan tumor sekitar kurang dari 50 % berbanding dengan haiwan yang tidak menerima bahan aktif berkenaan.     
 


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top