Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Kawan Baik Itukah Jodoh?

Tuesday, September 21, 2010



Tiba-tiba rasa ingin menulis tentang ini .. Bagaimana seseorang boleh menjadi rakan baik atau sahabat baik - iaitu sahabat baik yang berlainan jantina ..

Mungkin memang beruntung orang yang tidak mempunyai rakan baik yang berlainan jantina. Selalunya rakan baik yang berlainan jantina pasti ada perasaan antara mereka  walaupun sedikit seperti cerita Kuch Kuch Ho Ta Hei (maaf kalau salah eja). Apatah lagi walaupun lelaki dan perempuan bukan muhrim duduk berduaan tanpa perasaan pasti ada CAS!. Apatah lagi sekiranya mereka menjalinkan persahabatan sejak kecil atau sekolah lagi. Kebanyakannya tanpa kita sedari jodoh kita sudah lama berada di hadapan atau berdekatan kita. 

Sebab itulah, kita hanya hambaNya yang bodoh, lemah dan naif. Kita tidak tahu dan tidak sedar apa yang belum, sedang, telah dan akan kita lakukan dalam hidup. Walau setinggi atau serendah mana pun darjat, harta, kedudukan atau latarbelakang kita, kita pasti tidak akan terlepas melakukan kesilapan dan hanya taubat, doa dan kemaafan untuk menginsafi atas segala kesilapan lalu.

Allah SWT Maha Mengetahui segalanya dan pasti Dialah yang mengatur segalanya. Memang selalu kita dengar, ada rakan-rakan atau sesiapa sahaja ber'couple' atau bercinta banyak kali, dan putus sekerat jalan. Tetapi akhirnya mereka berkahwin dengan sahabat baik mereka tanpa mereka sedari atau memikirkannya! Itulah kuasa Allah SWT yang tiada tandingannya kerana jodoh ajal maut semuanya di tangan Dia. Dan sebab itulah kebanyakannya tanpa kita sedari jodoh kita sudah lama berada di hadapan atau berdekatan kita.

Kerana kebiasaannya, apabila penat bercinta, dan apabila putus harapan, mungkin pilihan terakhir untuk mencari pasangan hidup adalah sahabat baik kita, kerana dialah tempat yang selesa dan sesuai untuk berkongsi suka duka. Anda boleh mencari banyak artikel di google di mana banyak kisah rakan atau sahabat karib menjadi kekasih dan seterusnya mendirikan rumahtangga setelah masing-masing pernah putus cinta. Siapa yang mengatur semua itu jika bukan Allah SWT dan siapa pelakonnya jika bukan kita kerana kita mesti bijak memilih yang baik sahaja dan menjauhi yang mungkar. 

Oleh itu, terutamanya anak-anak gadis di luar sana, jagalah maruah diri serta keluarga termasuk agamamu kerana bercinta tidak menjamin ke arah perkahwinan tanpa menemui seorang bergelar lelaki yang tidak meninggalkan solatnya, menjaga agamanya, benar-benar tulus, dan ikhlas (tidak sesekali akan menyakiti kamu, jika ya, memang dia bukan jodoh kamu, tidak hairanlah dia berkahwin dengan orang lain setelah kamu mengetahui dia berkahwin dengan si A). Lelaki yang baik pasti memelihara agamanya, menjaga maruah anak gadis serta keluarga, dapat menahan nafsu dan bertekad menjadikan  hanya kamu suri hati dan suri rumahtangganya apabila telah bersedia dari segi zahir dan batin mengikut peredaran zaman. Dan yang paling penting adalah restu ibubapa kedua pasangan.

Bercintalah dan berhiaslah hanya kepada suami atau isteri sahaja iaitu setelah SAH bergelar suami isteri tanpa perlu mendedahkan apa yang kaum wanita ada sewenang-wenangnya pada kaum lelaki. Ini kerana memang lelaki gemar perkara-perkara yang boleh meningkatkan nafsu syahwat mereka sehingga pasangan kekasih atau couple tidak menyedari samada mereka bercinta kerana nafsu atau sebaliknya. Apabila melihat anak muda beragama Islam zaman kini, saya sangat sedih, alangkah bagusnya Engkau memberi petunjukMu kepada mereka semua agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan
Tetapi adakah pasangan bercinta kerana Agama? Adakah agama Islam menyuruh umatnya bercinta atau berkasih sebelum melangsungkan perkahwinan/hubungan SAH selepas akad nikah? Apakah lagi yang mampu kita lakukan untuk membersihkan hati dan diri kita bagi mendapatkan keampunanNya?

Masih sempat lagi untuk bertaubat kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Penyayang. Kita mesti bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan petunjuk dan hidayahNya sebelum kita meninggalkan dunia ini untuk bertaubat. Cubalah dan cubalah menahan segala hasutan makhluk bergelar syaitan dan nafsu itu dari awal lagi.

Wallahua'lam.






Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top