Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Filem Pendek "Pokok + Ibadah = Pahala"

Wednesday, September 15, 2010

Mengapa pokok? 

Pokok merupakan salah satu ciptaan Allah SWT dan setiap ciptaanNya mempunyai hikmah tersendiri.
Apabila kita menyebut tentang pokok, cuba fikirkan kaitannya dengan ibadah.
Apakah kaitannya?  
Hayatilah video yang sangat menarik di bawah untuk dikongsi bersama 
sebagai muhasabah diri.
A Tree by Amir Muhammad 
bersama Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz

video

Kesimpulannya:

Tujuan beribadah adalah untuk melahirkan akhlak mulia yakni berakhlak dengan Allah dan berakhlak sesama manusia. 

Seperti juga menanam pokok demi mendapat buah-buahan yang ranum dan enak.

Buah yang segar manis itu persis akhlak yang mulia,yang dihiasai taqwa ketenangan dan kebahagiaan.

Pohon yang rendang dan subur menajdi tumpuan makhluk Allah,burung-burung mencari rezeki dan membina sarang, insan datang berteduh dan memakan buah.

Demikin juga insan berakhlak mulia sentiasa memberi manfaat kepada makhluk Allah.

Setiap asas pokok menjadi simbol dalam kehidupan seorang Muslim bagi memainkan peranannya :

* Akar ~ Rukun Iman
* Batang ~ Rukun Islam
* Dahan ~ Fardhu Kifayah
* Ranting ~ Amalan Sunat
* Daun dan Bunga ~ Perkara-perkara harus dan Syiar Islam
* Buah ~ Akhlak

Semoga kita mendapat sedikit sebanyak intipati daripada video di atas, insyaallah.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top