Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hari Raya Aidilfiltri: Doakan dan Maafkan

Thursday, September 09, 2010


Salam .. wahai orang2 yg "tidak suka" saya di luar sana, saya tahu mungkin ramai tidak suka dgn saya tanpa saya tahu sebabnya .. MUNGKIN saya ni garang - student kata saya garang .. MUNGKIN orang kata saya sombong sbb kurang bercakap - kawan2 .. MUNGKIN orang kata saya bukan anak yg baik - keluarga atau saudara mara .. SAYA SUDAH MAAFKAN SEMUA ..  

Mereka adalah kawan kita. Kita boleh sedar dan tahu, bagaimana layanan atau respon seseorang bila seseorang itu suka berkawan dengan kita atau sebaliknya, iaitu ikhlas berkawan dengan kita atau tidak. Bukankah lebih baik jika kita cuba memberi layanan yang baik dan sama kerana Allah SWT sendiri pun memberikan layanan yang sama (adil) pada setiap hambaNya. Contoh bila datang rumah seseorang yang kita rapat tidak kira saudara atau rakan, mengapa ada perbezaan hidangan makanan atau layanan terhadap tetamu. Tetamu yang lebih rapat, kita sediakan ala kadar saja, tetapi tetamu yang kurang rapat sedikit, layanan sangat istimewa.
Bukankah lebih baik jika layanan keduanya sama sahaja..kita bukan berkira tetapi itulah manusia, mempunyai perasaan. sebagai contoh, yang muda mesti menghormati yang tua, tetapi layanan tetap sama. Jadi nak raya ni nanti, kita mesti bijak melayani tetamu, insyaallah.

Mungkin Allah SWT telah takdirkan seseorang seperti saya.  Saya juga sedar akan kekurangan dan kelebihan diri yang telah Allah SWT berikan kepada saya. Tetapi, saya hanya boleh bersabar dan sentiasa memperbaiki diri menjadi yang lebih baik, insyaallah. Tidak kiralah mereka itu yang tidak suka saya adalah dikalangan samada keluarga sendiri, sanak saudara, rakan-rakan dan sebagainya. Sebab itulah kisah nabi zaman dahulu, kita lihat keluarga nabi sendiri , rakan, saudara mara pun mempunyai masalah tersendiri. Siapa yang berikan ujian tersebut? ALLAH SWT.. Mungkin semua ni ujian Allah SWT untuk menjadikan seseorang itu lebih kuat.

Sesetengah orang hanya berkawan dengan kita kerana mengambil kesempatan yang ada atas kita dan adakala mereka berkawan dengan kita kerana ingin menunjukkan rasa simpati pada kita. Tetapi tidak ada yang ingin berkawan dengan kita seikhlasnya. Bagaimana kita boleh tahu orang berkawan dengan kita ikhlas dan jujur? Macam-macam contoh kehidupan kita boleh lihat seperti di bawah:
  • selalunya bila di khalayak ramai dia akan tegur kita, dan bila sebaliknya, dia tak akan tegur kita.
  • tetapi kadang2 bila berselisih dgn kita di khalayak ramai2, nampak kita, dia kenal kita tapi tak nak tegur kita, tetapi dengan rakan lain tegur, mengapa?
  • mereka tidak suka berkongsi perkara kebaikan tentang diri mereka dengan kita
  • mereka tidak berminat untuk bercerita perkara yang baik tentang kita dengan cara yang baik atau sounds good didengar oleh rakan lain mengapa ..
  • mereka tidak pernah ingin meraikan sesuatu untuk kita, tetapi dengan rakan lain .. ada at least once .. tetapi jika mereka jemput kita meraikan mereka, kita adalah orang terakhir yang dijemput, mengapa ..
  • apabila minta pertolongan mereka akan tolong tetapi selepas dipujuk rayu atau dengan meminta balasan mengapa .. sebab tidak rapat mereka tidak mahu tolong, mungkinkah?
  • mereka enggan membantu orang yang lebih baik daripada mereka apabila meminta pertolongan, tidak kiralah walaupun baru sekali minta bantuan, apatah lagi banyak kali
  • mereka tidak pernah ingin meraikan seseorang yang tidak rapat dengan mereka sedangkan mereka telah mengharungi pelbagai aktiviti bersama, hanya meraikan yang rapat sahaja
  • apabila ada sesuatu majlis, mereka tidak memberitahu kepada rakan yang tidak rapat itu, tetapi zahirnya mereka berkawan dengan orang itu tidak kira sebagai rakan kelas atau rakan tugasan
  • semalam kelmarin ok, tiba2 hari esok lusa tak ok, tak tegur kita, malah tiada senyuman
  • bila datang rumah, kita boleh lihat, orang yang jarang jumpa, layanan sangat baik, tetapi orang yang lebih rapat, tidak dilayan istimewa seperti orang yang jarang jumpa tu 
  • yang paling sedih, mereka ini mengelak apabila berjumpa atau berselisih dengan kita, mereka ingin cepat2 lari atau buat2 tidak nampak kita  (ya Allah, apa salahku pada mereka..)
  • kalau boleh mereka juga tidak senang atau tidak suka apa yang kita ada atau miliki, terutamanya apabila kita ingin berkongsi kejayaan dan ilmu bersama orang lain, malah mereka menyuruh orang lain menjauhi kita dan perkara kebaikan tersebut, tidak kira siapapun mereka, mengapa...
  • mereka sanggup menutup kebaikan kita dan membuka aib kita mengapa sedangkan kita tidak sanggup berbuat demikian ..
  • mereka suka dan berminat mendengar khabar angin dan gosip tentang kita daripada mulut orang lain, jadi hanya Allah yg tahu segalanya .. kita tak dapat berbuat apa2 .. jika kita dengar khabar angin daripada orang lain, pasti cerita telah ditokok tambah (boleh menjadi fitnah) dan menjadi lebih menarik untuk didengar, selalunya dengar perkara yang tidak baik orang suka dengar, mengapa..
  • akhirnya mereka ini akan terus berprasangka buruk atau syak wasangka terhadap kita dalam hidup mereka sehingga menyebabkan orang lain berkata-kata atau mengumpat di belakang kita, sedangkan mereka tidak tahu kebenaranNya tetapi Allah Maha Adil
  • kesannya mereka secara tidak langsung telah menganiaya kita dengan cerita yang tidak pasti kebenarannya, nau'zubillah .. 
  • mereka juga memandang hina kepada kita berdasarkan cerita yang mereka dengar dan apa yang mereka lihat tanpa mengetahui kebenarannga .. hina bagaimana .. apabila kita duduk atau lalu berhampiran atau bersebelahan mereka, mereka buat tidak tahu malah ada yang tidak mahu duduk bersebelahan kita lagi seperti dahulu ..
  • dan banyak lagi ..
Majoriti antara mereka menganggap perkara di atas perkara kecil sahaja, tetapi bagi saya ia boleh menjadi besar sekiranya khabar angin atau gosip tidak diberhentikan atau diperbetulkan. Selain itu, hubungan persaudaraan mungkin menjadi renggang tanpa disedari jika kawan kita itu masih berfikiran yang sama. Tetapi kita sebaliknya. Selalunya mereka ini akan simpan di dalam hati perkara tentang kita terutamanya perkara yang tidak baik dan apabila jumpa, pasti teringat perkara yang telah terjadi tu. Mereka ini juga sanggup buat apa sahaja untuk menunjukkan kemenangan mereka dalam apa jua  cara. Sehingga kita tidak tahu mengapa mereka ingin menang dalam segalanya. Adakah mereka fikir kita ingin menang sentiasa? Jawapannya, kenalilah rakan anda itu dulu sebelum membuat andaian yang sebaliknya. kerana dalam ISlam itu sendiri tidak baik memutuskan silaturrahim. apatah lagi tidak bercakap lebih daripada 3 hari. nau'zubillah.

bila saya tiada di dunia ni, hanya doa dan kemaafan yg dipinta kerana MUNGKIN esok lusa saya tiada di dunia, salam aidilfitri & saya memohon maaf agar semua dpt memaafkan saya sekiranya saya pernah menyinggung perasaan semua. hanya sms raya menjadi pengganti diri sempena aidilfitri ini.

Maher Zain - Always Be There


Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, yang indah itu SALING MEMAAFKAN "Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.
Yang baik daripada Allah SWT dan yang buruk tu daripada diri saya sendiri. Semoga lebaran kali ini dapat memuhasabahkan diri kita ke jalan yang benar dan berkekalan, amin

wassalam


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top