Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Wajib Baca Adab Ketika Berpuasa Di bulan Ramadhan

Sunday, August 15, 2010

ADAB-ADAB KETIKA BERPUASA DALAM BULAN RAMADHAN
Sumber: Koleksi Artikel


Asasnya adab-adab yang dianjurkan adalah untuk memelihara diri kita daripada melakukan atau menghampiri perkara yang membatalkan puasa dan perkara-
perkara yang mendatangkan dosa. Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu
mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah
tersebut, antara yang terpenting ialah:

1. Menjaga lidah dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain
yang tiada kena mengena dengan diri kita.

2. Mengawal perut dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan memastikan makanan
yang dimakan adalah halal lagi bersih.

3. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota tubuh badan dari
mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian
ibadah puasa akan lebih sempurna.

4. Mengurangkan tidur disiang hari. Penuhkanlah masa yang ada dengan amal
ibadah.

5. Apabila berbuka puasa hendaklah makan dan minum secara bersederhana.
Elakkan makan dengan gelojoh dan melakukan pembaziran.

6. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi tetapi ruang masa yang ada dipenuhkan dengan beribadat kepada Allah.

7. Mengawal sifat marah.

Anda telah mengetahui adab berpuasa, bagaimana pula dengan adab bersahur? Selain itu, terdapat beberapa adab ketika
berbuka puasa yang mesti kita ikuti.


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top