Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Tumor Lenyap

Tuesday, August 24, 2010


Cara Mengamalkan ayat Allah untuk mengubati penyaki 
kanser,ketumbuhan atau tumor

“Dialah Allah,yg menciptakan sekalian makhluk, Yang mewujudkan (dari tidak ada kepada ada),yg membentuk rupa (makhluk menurut yg dikehendaki-Nya).Bagi-Nya nama yg baik-baik (mulia).Bertasbih kepadaNya segala yg ada di langit dan di bumi.Dan Dialah yg tidak ada tolok bandingannya,lagi amat bijaksana.”(Surah al-Hasyir,ayat 21-24).

Dengan keterangan ayat2 Allah di atas itu dapatlah kita faham dan yakin bahawa tidak ada suatu penyakit pun yg dpt melawan firman Allah sekiranya benar2 kita letakkan pd tempatnya dan kita amalkan menurut aturannya.’Laa tukhliful mi’ad’,yakni Allah sekali-kali tidak menyalahi janji-Nya.

Langkah pertama:

Setiap selepas solat fardu lima waktu,ataupun selepas solat tahajud tgh malam, hendaklah membaca tawasul kpd Nabi SAW,para sahabatnya,tabiit tabiin,sekalian guru dan sekalian muslimin dan muslimat yg hidup dan yg telah mati dgn membaca surah al-Fatihah (sekali). Surah al-Ikhlas (3 kali).

Selepas membaca tawasul itu,maka ulangi kembali baca Surah al-Fatihah (sekali),Surah al-Falaq (sekali). Surah an-Nas (sekali), ayat Kursyi(sekali)dan terus membaca ayat2 Allah yg tersebut sehingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali. Dan setiap kali baca, maka hendaklah hembuskan pada kedua-dua telapak tangan lalu kedua2 telapak tangan itu disapukan atau diusapkan pd penyakit.Dan ulangi membaca ayat2 yg telah diertikan dia atas itu hingga tujuh kali atau sebaik-baiknya 21 kali.

Sekiranya penyakit tersebut sudah tertanam di dalam tubuh badan spt kanser atau ketumbuhan dn lainnya,maka setelah membaca tawasul itu,tarik nafas perlahan2 seakan2 kita memasukkan amalan ayat2 Allah yg kita baca itu dgn niat spy Allah lenyapkan penyakit yg diderita itu menjadi peluh,hanyut menerusi saluran najis dan kencing.

Langkah Kedua

Sebelum kita menunaikan solat fardu lima waktu,maka sediakan terlebih dahulu segelas air suam di sisi sejadah,setelah selesai solat bacakan kpd air itu ayat2 Allah di atas dan tetap mengguna pakai aturan-aturannya spt yg disebutkan.

Maka hendaklah dibiasakan mengamalkan amalan di atas itu setiap selepas solat fardu lima waktu utk mengubati atau mencegah penyakit yg kita takuti bahayanya.





Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top