Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Tokong di dapur

Saturday, August 21, 2010

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Tindakan melampau apabila masih ada pihak hotel yang diperiksa pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak sensitif apabila didapati sengaja membina tokong di dalam ruangan dapur walaupun pada masa sama hotel berkenaan menawarkan bufet Ramadan.

Sumber Jakim berkata, dalam serbuan terhadap sebuah hotel di Petaling Jaya, di sini, pegawai Jakim mendapati pemilik hotel meletakkan tokong di bahagian dapur yang turut digunakan untuk memasak pelbagai sajian untuk berbuka puasa.

Penemuan tokong dan colok terbabit adalah sebahagian dari objek mengejutkan yang dijumpai selain botol kicap dan sos mengandungi alkohol yang dicampurkan ke dalam masakan bufet Ramadan sejak operasi dilakukan Rabu lalu “Perkara ini seharusnya tidak berlaku berikutan ia menyalahi syarat dan peruntukan bagi membolehkan hotel terbabit diberikan pengiktirafan sijil halal Jakim. Prosedur ditetapkan mensyaratkan supaya tiada sebarang bentuk tempat pemujaan atau gambar diletakkan di dalam hotel atau dapur bagi membolehkan sijil halal diberikan.

“Jika syarat ini gagal dipatuhi, pihak Jakim tidak teragak-agak menolak permohonan pemilik hotel atau restoran selain menarik balik sijil halal sedia ada,” katanya.

“Syarat ini bukan hanya tertakluk kepada hotel semata-mata, malah restoran yang memohon untuk mendapatkan sijil halal Jakim turut disyaratkan supaya mematuhi semua prosedur itu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah yang dihubungi berkata, operasi dan pemeriksaan terhadap hotel di sekitar Lembah Klang diteruskan setiap hari oleh 20 pegawai penguat kuasa Jakim.

Menurutnya, pemantauan terhadap hotel yang menawarkan sajian bufet Ramadan itu dilakukan bagi memastikan pemilik hotel sama ada yang memiliki sijil halal Jakim atau sebaliknya.

“Pemeriksaan sama turut membabitkan rangkaian restoran yang menawarkan bufet berbuka puasa sepanjang Ramadan ini. Operasi ini akan diteruskan setiap hari sehingga pihak Jakim benar-benar berpuas hati dengan tahap pematuhan syarat halal ditetapkan,” katanya. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Diharap semua umat Islam di luar sana termasuk diri saya akan berhati-hati memilih tempat makan kerana ada pepatah mengatakan "diri kita ialah apa yang kita makan selama ini" Maka pilihlah produk makanan atau barangan yang yakin HALAL TOIYIBAH.







Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top