Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Sumpah Seranah

Friday, August 27, 2010


Salam ceria ^-^

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti gambar di bawah? He he he .. kelakar bukan ?
Sebenarnya ini secara langsung seperti menampakkan kebodohoan kita.



Inilah yang terjadi "sumpah seranah" samada antara orang yang rapat atau tidak dengan kita.
Selalunya sumpah seranah tidak kira berlaku di hadapan atau di belakang kita.
Oleh itu, marilah kita bersihkan hati dan fizikal kita dengan meningkatkan
bahan bacaan ilmu agama supaya mendapat peliharaanNya.
Insyaallah.

Oleh itu, terdapat 10 sikap yang mesti dijauhi untuk mengelakkan perkara seperti di atas.


Renungan untuk dikongsi bersama:
Kebiasaannya, selepas kanak-kanak atau remaja mendengar sumpahan dari orang dewasa atau sesiapa saja, maka mereka merasa tidak tenang seolah-olah ada bayangan yang sentiasa mengganggu mereka, dan mereka juga akan mengalami penyakit demam panas yang luar biasa. Bukan itu saja, si penyumpah juga akan terdedah pada bahaya yang antaranya, bila sumpah itu banyak kali ditabur, maka orang tersebut akan diperlihatkan iblis.

Itulah, jangan sesekali kita mengeluarkan sumpah seranah, kelak buruk padahnya, ingat, risiko sumpah seranah amat bahaya dan boleh menyesal dikemudian hari jika ini diamalkan selalu. Ingat, apapun perkataan dan maksud sumpah, ianya tidak baik diamalkan malah ia dilarang dalam mana-mana agama.

Syukur alhamdulillah, perkataan sumpah seranah jarang lagi diamalkan zaman moden ini mungkin pengetahuan agama yang luas menyebabkan masyarakatnya sedar keburukan mengamalkan sumpah seranah.  

*** Maka sesiapa sahaja di luar sana, marilah kita tingkatkan kesabaran kita supaya dapat mengawal kemarahan agar tidak terjebak dalam perkara seperti ini.





Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top