Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

SENARAI HOTEL DAN DAPUR SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN YANG TELAH MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA SEHINGGA 9 OGOS 2010

Friday, August 13, 2010



Senarai Hotel Halal Pakej Berbuka Puasa 2010
Sumber: JAKIM


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memaklumkan sehingga tarikh 9 Ogos 2010, sebanyak 22 hotel dan 51 buah dapur di sekitar Wilayah Persekutuan telah diberikan pensijilan halal Malaysia oleh JAKIM. Dalam satu kenyataan media pada tarikh 23 Julai 2010 yang lalu, saya telah menasihati para pengusaha hotel JAKIM agar segera mendapatkan sijil halal Malaysia dari JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Hal ini penting bagi mengalakkan para pengguna dikalangan umat Islam berbuka puasa di hotel yang telah disahkan halal oleh badan yang berautoriti sama ada JAKIM atau JAIN.

Bermula pada bulan Mei hingga Julai 2010, JAKIM telah menerima permohonan daripada 9 buah hotel. Dalam jumlah tersebut, sebanyak 4 buah hotel telah mendapat kelulusan manakala 5 daripadanya sedang dalam proses.

Pada 9 Ogos 2010 sahaja, JAKIM telah menerima permohonan daripada 10 buah hotel. Sebanyak 2 buah hotel telah selesai bagi proses dokumentasi makanala 8 daripadanya masih dalam proses semakan dokumen dan dijangka akan disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai.

Semasa kempen 1Malaysia 1Halal yang telah diadakan pada 6-8 Ogos baru-baru ini di Danga Bay Johor Bharu, sebanyak 50 buah hotel telah datang menghadiri taklimat pensijilan halal bagi sektor perhotelan yang diadakan di Puteri Pacific Johor Bharu. Hal ini menunjukkan kesedaran yang semakin meningkat dikalangan pengusaha hotel dan ini merupakan petanda yang baik.

Seperti kelazimannya, sempena ketibaan bulan Ramadan al-mubarak pada tahun ini, Jabatan ini mengambil pendekatan memaklum dan menasihatkan masyarakat Islam di negara ini yang memilih untuk berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis-majlis berbuka di hotel agar memilih hotel atau premis yang telah disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Selain itu, saya ingin menasihati para pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal agar tidak menyalahguna terma-terma yang boleh mengelirukan para pengguna seperti ‘buffet Ramadhan’ kerana ia adalah perbahasaan halal dan boleh diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Bersama-sama ini disertakan senarai hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah mendapat sijil halal dari JAKIM sebagaimana yang dilampirkan. Orang ramai juga boleh melayari web halal di sini untuk membuat semakan hotel halal di negeri berkenaan.

Untuk menyemak senarai hotel dan resort beserta alamat yang memiliki sijil halal sah JAKIM, sila klik di sini.

--------------------------------------------------------------------------------

Hanya 51 dapur 22 hotel miliki sijil halal JAKIM
Oleh Nazura Ngah

KUALA LUMPUR: Hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kelmarin.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, sehubungan itu menasihatkan umat Islam yang memilih berbuka puasa di hotel atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel memilih premis yang disahkan halal oleh JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Kelmarin, JAKIM menerima permohonan 10 hotel, dua daripadanya sudah diselesaikan proses dokumentasi, manakala lapan dalam proses semakan dokumen dan dijangka disegerakan proses pengauditan sebaik proses semakan dokumentasi selesai, katanya dalam satu kenyataan semalam.

Wan Mohamad menasihatkan pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal tidak menyalahgunakan terma yang boleh mengelirukan pengguna seperti Bufet Ramadan kerana ia menggambarkan persediaan makanan adalah halal dan boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

Antara dapur yang mendapat sijil halal JAKIM adalah di hotel Ancasa Hotel, Brisdale International Hotel, Crystal Crown Hotel, Dynasty Hotel Citrus Hotel, Grand Seasons Hotel, Pan Pacific KLIA, KLI Hotel, Hotel Putra, Legend Hotel, Midah Hotel, Ming Court Hotel, Corus Hotel, Puteri Park Hotel, PNB Darby Park Executive Suites, Quality Hotel City Centre, Residence Hotel Universiti Tenaga Nasional, Seri Pacific Hotel, Hotel Maluri, The Plaza Hotel Kuala Lumpur dan Tradewinds Hotels & Resorts

Orang ramai boleh melayari web halal di sini untuk menyemak restoran dan premis makanan di hotel berkenaan yang mendapat sijil pengesahan halal JAKIM.



Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top