Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Panduan Solat Sunat Tarawikh

Tuesday, August 10, 2010



Panduan Solat Tarawih / Terawih / Tarawikh pada Bulan Ramadhan
Sumber: Koleksi Artikel


Ikuti dan fahami panduan solat sunat tarawikh seperti berikut:

1. Hadith riwayat Muslim: Dari Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bahawa
Rasulullah telah bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan solat tarawih
pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah
mengampunkan segala dosanya yang telah lalu”.

2. Hukum tarawih adalah sunat muakkad, sebaiknya berjemaah.

3. Waktu solat adalah selepas fardhu Isyak.

4. Jumlah rakaat pada zaman Rasulullah adalah 8 tetapi Khalifah Omar
Al-Khattab menambahkan lagi bilangannya menjadi 20. Pada umumnya
masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sebanyak 20 rakaat. Solat
tarawih dilakukan dua rakaat pada setiap takbiratul-ihram.

5. Rukun sembahyang adalah serupa dengan rukun solat yang lain.

6. Bacaan-bacaan sunat sebelum dan/atau selepas tiap-tiap dua rakaat 

tarawih dan/atau witir.

Sila download Cara Solat Tarawikh di sini.




Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top