Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Pakai Contact Lense atau Kanta Sentuh Batal Puasa?

Monday, August 16, 2010

Hukum Pakai Contact Lense di bulan Ramadhan.
Sumber: Koleksi Artikel


Apakah hukum memakai contact lens (warna dan tak berwarna) ketika berpuasa???


Tidak ada masalah bagi permasalahan di atas. Setiap sesuatu adalah harus, kecuali ada nas yg melarangnya. Tidak batal puasa jika memakai kanta sentuh (contact lenses) tetapi harus berhati² kerana air yang digunakan bersama kanta sentuh tersebut. Saya tidak memakai kanta sentuh , jadi saya tidak faham proses memakainya.

Puasa batal jika dengan sengaja memasukkan ke dalam badan sesuatu untuk
tujuan makan, minum dan hubungan seksual. Adapun contact lens, ia bukan
makanan dan minuman. Ini fatwa umum Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dalam fiqh
Sunnah jilid 3. Laman QnA Islam yg membolehkan memakai contact lens ialah
Syaikh Salleh al-Munajjid (no 65963) dan IOL (fatwa Dr Muzzamil Siddiqiey)

Pemakaian contact lens berwarna hanya dibolehkan utk isteri memakai terhadap suaminya sahaja atau sebab-sebab perubatan (silau). Jika tanpa sebab, ia haram
jika bermaksud menipu orang lain atau bermegah. Maksud menipu ialah mata
asalnya berwarna hitam, tapi dihari peminangan dia memakai contact lens
berwarna utk mengabui rombongan yg meminang. Ini tidak boleh.
(Fatwa Syaikh Munajjid).

Bermegah dan berlebihan amat di tegah oleh ayat 6: 141 (sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yg berlebih-lebihan). Maksudnya contact lens biasa sudah memadai.



Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top