Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Bendera Malaysia Tidak Cukup ?

Sunday, August 22, 2010

 Adakah kita masih ingat tarikh negara kita mencapai kemerdekaan? Tepat sekali, 31 Ogos 1957, kita sepatutnya wajib ingat tarikh keramat tersebut. 

Kibaran bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan tahun ini yang beberapa hari saja lagi semakin kurang =(  Mengapa .. Mungkinkah ... adakah disebabkan bulan puasa ? Oh Tidak .. Media elektronik sudah mula menyiarkan berita di kaca TV tentang kurangnya rakyat tempatan mengibarkan bendera Malaysia tercinta sempena Hari Kemerdekaan negara  .. 

Adakah objektif 1 Malaysia tercapai ? rakyat semakin 'lupa' atau kurang kesedaran mengibarkan bendera tercinta sebagai sokongan dan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tahun ini, 31 Ogos 2010 .. Tetapi ada juga suara berkata, tidak semestinya tidak kibarkan bendera kita lupa sambutan Hari Merdeka .. 

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita hidupkan kembali semangat kemerdekaan negara kita sebagai tanda terima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang bersusah payah mencapai kemerdekaan negara  tercinta kita iaitu Malaysia ^-^ Merdeka ~~~  Mari bersama-sama menyanyi lagu 31 Ogos di bawah nih:


****** Pendapat saya, sepatutnya lagu sambutan kemerdekaan 31 Ogos hendaklah dimainkan sepanjang bulan Ogos kerana bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan dikalangan rakyat Malaysia .. Tidak kiralah hari pertama bulan Ogos sampai penghujung bulan Ogos ke .. Ini kerana jika kita pasang lagu merdeka di sekolah radio tv restoran pusat beli belah, pasti rakyat Malaysia akan ingat sampai bila-bila, biar sampai meremang bulu menaikkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia, insyaallah .. Kesimpulannya, iklan yang mahal-mahal di kaca TV atau kibaran bendera Malaysia bukanlah semata-mata cara atau tanda bagi mengingati hari kemerdekaan =)

Download lagu 31 Ogos.







Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top