Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Ada Ke Jutawan Melayu Dalam Ranking 10 Terkaya di Malaysia 2010 ?

Monday, August 23, 2010


Wow, Banyaknya juta-juta… senarai di bawah diambil dari Forbes Asia. Sebelum itu, pada bulan Februari lalu, Malaysia Business ada mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia. Bila melihat senarai tersebut dan melihat pencapaian diri sendiri, terasa amat kerdilnya .. Bagaikan pipit dan enggang =D
  1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM39.52b
  2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM26.68b
  3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM15.15b
  4. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM12.84b
  5. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM12.68b
  6. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM12.51b
  7. Tan Sri Yeoh Tiong Lay (YTL Group) RM8.23b
  8. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM5.59b
  9. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM5.27b
  10. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.95b
Kali ini, Forbes Asia [Malaysia’s 40 richest people] pula yang mengeluarkan senarai 40 Individu Terkaya di Malaysia. Terdapat perubahan dalam kedudukan 10 teratas kecuali kedudukan pertama, kedua dan ketiga yang masih lagi dikuasai oleh Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Lee Shin Cheng.
Setelah melihat kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, mesti saya teringat kisahnya ketika beliau masih kecil. Di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!

"Kalau itu tidak dapat memotivasikan kita, saya pun tak tahu apa lagi yang boleh memotivasikan kita. Kisah dari zero menjadi hero!" - Irfan Khairi

Apapun, kita mesti selalu bersyukur dan tidak mustahil kita boleh jadi jutawan kan ;P





Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top