Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

JAKIM maklum 34 negara luar senarai hotel halal

Friday, August 13, 2010



JAKIM maklum 34 negara luar senarai hotel halal
Sumber: Berita Harian


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah memaklumkan kepada 34 ketua perwakilan negara luar yang terdapat di Malaysia mengenai senarai 22 hotel yang telah mendapat sijil halal di sekitar Wilayah Persekutuan (WP).

Ketua Pengarah, Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata JAKIM mengeluarkan pekeliling bagi semua negara Islam berkenaan melalui pejabat kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi mereka, bermula semalam.

"JAKIM telah memaklumkan dan meminta kerjasama kedutaan tersebut bahawa Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) merupakan badan kerajaan yang diberi tanggungjawab bagi mengeluarkan sijil halal di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebanyak 22 hotel dan 51 dapur di sekitar WP Kuala Lumpur (KL) diberikan pensijilan halal Malaysia oleh JAKIM sehingga 9 Ogos lalu.

Wan Mohamad berkata pihak Jakim menggalakkan perwakilan agar membuat pilihan ke hotel-hotel yang disahkan halal oleh Jakim dan JAIN bagi menganjurkan majlis keraian dan majlis berbuka puasa.

Beliau berkata orang ramai juga boleh mendapatkan senarai hotel yang telah disahkan halal oleh JAKIM di sekitar WP KL atau JAIN bagi hotel-hotel di peringkat negeri. - BERNAMA

----------------------------------------------------------------------------------


** Sebagai pengguna yang bijak, kita jangan malu untuk bertanya, kita memang mempunyai hak untuk bertanya pemilik restauran atau hotel samada mereka mempunyai sijil halal yang disahkan JAKIM. Mencari yang halal itu adalah satu kewajipan sebagai umat Islam. Berani kerana benar, takut kerana salah.



Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top