Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Bilakah Baru Kita Betul-betul Jadi Diri Kita

Thursday, August 19, 2010

 
Pernahkah anda terfikir atau perasan, bilakah masanya kita akan betul-betul menjadi diri kita yang sebenar? Adakah semasa anda bercakap  dengan boss, keluarga, rakan-rakan, girlfriend atau boyfriend anda, anda adalah diri anda yang sebenar? Bilakah masa yang tepat anda adalah diri anda yang sebenar? Mungkin sewaktu kita bersendirian, itulah diri kita yang sebenarnya. Marilah kita motivasikan diri serta menilai cara percakapan dan perwatakan kita semasa bercakap di hadapan orang yang kurang rapat, rapat dan sangat rapat dengan kita? 

Pasti ada perbezaannya! Jika anda perasan, kadangkala kita lebih selesa dan sukarela untuk memberi pertolongan kepada orang yang tiada hubungan langsung dengan kita (atau baru kenal beberapa hari) berbanding dengan orang yang pernah kita kenal lama. Fikir-fikirkanlah .. Walau apa pun, memang bagus untuk berkawan, tetapi pilihlah kawan yang akan tidak suka berkata tentang keburukan orang lain dan yang akan bersama kita samada waktu senang dan susah. Selain itu, ada masa kita cubalah perbanyakkan membaca artikel motivasi untuk peningkatan rohani dan jasmani diri. Insyaallah Allah akan membalas kebaikan kita semua, amin ..




Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top