Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Adakah Berkahwin Semata Untuk Memiliki Si Dia

Wednesday, August 18, 2010

Bila sebut cinta, pasti ramai pernah mengalaminya. Tapi, bercinta zaman dahulu dan sekarang terlalu banyak perbezaan. Antaranya, pada zaman jahiliah dulu, penuh dengan dosa kerana pada masa itu, ilmu agama kurang dipraktikkan oleh masyarakat Islam. Tetapi hidup di muka bumi ni seperti bola. Semuanya sudah kembali seperti zaman dahulu. Bercinta kerana nafsu tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Kalau nak bercinta, pasti banyak suka duka yang dirasai bersama. Ada saat indah, ada saat yang menyedihkan.

Jika kita serius bercinta (dengan berlandaskan agama Islam), pihak lelaki cepat2lah melamar pihak perempuan yang disukai. Tetapi tidak salah jika perempuan hendak meminang lelaki kan? Tetapi kita berkahwin bukan niat semata untuk memiliki orang tu sahaja, supaya kegembiraan akan terpancar selamanya sehingga akhir hayat, insyaallah. Tiba2 terfikir tentang cinta dan kahwin, sebab ada sesetengah ingin berkahwin kerana ingin memiliki orang yang disayanginya? Apa pendapat anda, adakah cukup berkahwin sekadar untuk memiliki seseorang? Luahkan pendapat anda di ruang komen di bawah ya ^-^


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top