Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Adab Ketika Sahur Yang Mesti Dipatuhi

Sunday, August 15, 2010

ADAB-ADAB KETIKA BERSAHUR
Sumber: Koleksi Artikel


Bersahur merupakan satu ibadah dan pelengkap kepada ibadah puasa yang dijalani. Berikut adalah beberapa adab dalam menjalani ibadah sahur:


1. Umat Islam digalakkan supaya bersahur kerana di dalam sahur terdapatnya keberkatan. Umat islam sering melupakannya sedangkan bersahur merupakan suatu tuntutan yang menjadi ibadah.

Diriwayatkan oleh al-Miqdam bin Ma’di Yaqrib, dari Nabi SAW bersabda:
“Hendaklah kamu semua makan sahur kerana sahur adalah makanan yang penuh
berkat”. (Hadis riwayat an-Nasa’i) Bersahur mempunyai banyak hikmah.

2. Memberi sedikit ruang masa sebelum menunaikan solat subuh. Ini bagi mengelakkan kita daripada termengah-mengah ketika solat dan mengganggu khusyuk ketika solat.

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat (subuh). Saya berkata: berapa saat jarak antara keduanya (antara waktu sahur dan waktu subuh? Ia berkata: Selama orang membaca lima puluh ayat”.(Hadis riwayat Bukhari & Muslim).

3. Melewatkan sahur. Diriwayatkan dari Amru bin Maimun, ia berkata: “Adalah para sahabat Muhammad SAW adalah orang yang paling menyegerakan berbuka dan melambatkan makan sahur”.(Hadis riwayat al-baihaqi)

4. Meneruskan makan sekiranya telah masuk waktu subuh. Walaupun begitu ia bukanlah bermaksud boleh makan selepas masuk waktu subuh. Ianya hanya sekadar menyelesaikan apa yang sedang dimakan/minum.

Telah bersabda Rasulullah SAW: “Apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan dan piring masih ditangan janganlah diletakkan hendaklah ia menyelesaikan hajatnya (makan/minum sahur) daripadanya”.(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud & al-Hakiem)


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top