Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Tips Menjalinkan Persahabatan

Tuesday, July 20, 2010



Siapakah kawan?
Koleksi Artikel



Kawan ialah orang yang boleh anda harapkan seperti:

• Menemani anda semasa anda keseorangan
• Boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama anda
• Sedia membantu agar anda merasa senang dan terhibur
• Sedia bersama menemani anda untuk bergembira di sebarang majlis keramaian
• Bersedia menemani anda untuk aktiviti sosial seperti makan, menonton atau
bersantai
• Dapat memberikan sokongan emosi yang diperlukan menjadi pendengar yang
baik, mempunyai rasa simpati, memberi keyakinan, nasihat, cadangan dan
sentiasa memberi galakkan serta mengambil berat tentang diri anda
• Bersedia untuk memberi anda pengetahuan atau peristiwa-peristiwa terkini
• Bersedia membantu anda bila masa sahaja yang diperlukan
• Dapat memberikan perasaan diri anda dipunyai dan diperlukan dalam sesuatu
kumpulan sosial



Bagaimana saya hendak memilih kawan?

Anda mungkin mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kawan. Oleh itu pilihlah kawan berdasarkan alasan anda itu. Tetapi kalau kita memilih kawan kerana Pangkat, Darjat, dan Harta, sejauh mana semua itu akan kekal? Sekiranya ditakdirkan satu hari Allah menarik semula pangkat, darjat serta harta rakan atau kawan kita itu, adakah anda masih akan berkawan dengan mereka? Sebagai contoh, apabila berjumpa rakan tersebut di pasar, pusat beli belah dan sebagainya, semasa kaya, tegur sambil berpelukan, bertanya khabar, TETAPI apabila seseorang itu sudah jatuh miskin, atau susah, langgar sebelah bahu pun tak pandang! Masyaallah..

Jika jawapan ya, tidak semua orang seperti anda! Mungkin hanya 10-20% sahaja di dunia manusia sebegitu. Kebanyakannya, manusia berkawan kerana kepentingan masing-masing, dan sukar untuk mendapat rakan atau teman sejati. Cuba anda fikir, siapakah rakan anda sejak anda kecil hingga hari ini yang masih menghubungi anda?



Bagaimana cara saya hendak memulakan persahabatan?

• Mulakan perkenalan dan cuba kenali mereka
• Tegur dan beri salam serta perkenalkan diri anda
• Bertanyakan tentang diri mereka
(Contoh: datang dari mana, apa kegemaran mereka)
• Dengar penjelasan mereka dengan penuh minat
• Cuba cari sesuatu topik biasa untuk dibualkan atau ajak mereka bermain
bersama anda

Jika kita menunjukkan minat untuk mendekati seseorang, mereka akan
rasa diperlukan. Walau bagaimanapun elakkan meminta informasi yang
mungkin agak personal yang mereka enggan beritahu anda.


Hormati keputusan atau tindakan mereka yang enggan memberitahu anda mengenai sesuatu perkara. Jangan memaksa.



Apakah halangan dalam menjalinkan persahabatan?

• Memanggil atau memberi gelaran nama yang negatif yang tidak disukainya
• Suka bertekak dan cepat memberi kata putus
• Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain walaupun diri sendiri tidak
mempunyai idea
• Berlagak dan sentiasa mengarah
• Bercerita tentang diri sendiri sahaja
• Suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain
• Bersikap negatif dan suka menyindir
• Kedekut
• Suka menunjuk-nunjuk dan bercakap besar
• Suka buli orang dan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukainya
• Bercakap bohong atau penipu


Apa akan terjadi jika saya tidak berkawan?

• Anda akan merasa keseorangan dan kesunyian
• Kurang mendapat bantuan semasa anda memerlukannya
• Kurang mendapat sokongan emosi semasa ketiadaan ibu bapa atau penjaga
di sisi
• Kurang atau tiada kawan untuk menemani anda untuk bermain atau bersiar-siar

Apa yang perlu saya lakukan jika saya disisihkan oleh kawan?

Kadang-kadang orang tidak berminat untuk berkawan dengan anda. Mereka akan
memberitahu anda secara lembut atau kasar. Tidak mengapa walaupun anda rasa tersinggung, sedih atau marah.



Selalunya, kita akan disisihkan apabila kita menegur rakan kita
secara baik di atas kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Mengapa
mereka cepat melenting atau berfikiran negatif apabila kita menegur
mereka untuk kebaikan? Mungkin rakan kita itu mempunya ego yang tinggi
dan tidak boleh menerima sebarang teguran. Maka, dalam hal ini, anda
tidak bersalah kerana anda telah berani dan berterus terang dengan
rakan anda itu supaya berubah dari perkara tidak baik ke arah yang
lebih baik. Apa yang penting, kita jangan SALAH SANGKA atau BURUK
SANGKA! Kerana perbuatan itu tidak menunjukkan keimanan kita, maka
kita doakanlah kebaikan kepada mereka, insyaallah!


Cara untuk mengatasi masalah tersebut:

1. Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk anda mendekatinya
2. Walaupun dia enggan menerima anda sebagai kawannya, pastikan anda tidak
memusuhinya

Berkatalah pada diri anda sendiri:

• "Walaupun saya tidak suka disisihkan oleh kawan, saya dapat mengatasinya."
• "Tidak mengapa, saya boleh menjalinkan persahabatan dengan orang lain."
• "Walaupun saya tidak suka apabila merasai seperti tidak diperlukan,
memandangkan saya seorang yang baik, saya pasti akan dapat kawan baru."
• "Saya tidak menyukai sikapnya yang kasar, tetapi itu masalahnya. Saya tidak
perlu hiraukan."
• "Saya dapat mengatasinya walaupun saya tahu sikapnya yang suka mengampu
(bodek)"

Bagaimanakah perasaan jika saya tidak diterima sebagai kawan?

Mereka yang tidak diterima sebagai kawan akan merasa atau memikirkan:

• "Apakah saya ini tidak berguna sehingga orang enggan berkawan dengan saya?"
• "Saya sudah pun berlembut dengan sikapnya yang bongkak. Saya tidak suka
padanya!"
• "Dia tidak berminat untuk berkawan dengan saya, mungkin saya membosankan"
• "Saya diperlakukan seperti orang bodoh, dengan diperbodohkan saya, dia fikir
siapa dia?!"

Perasaan negatif ini memang sepatutnya membuat anda marah, pahit dan rasa
terhina. Dengan berfikiran sedemikian, tidak akan membantu anda. Cuba cari
jalan lain yang lebih positif dan lakukan sesuatu yang lebih baik supaya anda
rasa lebih selesa.

Di manakah saya boleh mendapatkan kawan?

• Sekolah
• Jiran tetangga
• Balai Rakyat
• Kelab sukan
• Pusat membeli belah
• Tempat-tempat ibadat (seperti - masjid, gereja, kuil)
• Berkhemah
• Taman Rekreasi
• Perhimpunan sosial - contoh: rumah terbuka, majlis jamuan, jogathon dan
sebagainya
• Internet - melalui "chat" atau email
• Pada dasarnya di mana sahaja

Apa persediaan diri yang diperlukan sebelum saya menjalinkan persahabatan?
Anda mungkin memikirkan mengenai:

• Bagaimanakah kawan yang saya inginkan?
• Di manakah boleh saya bertemu mereka?
• Apa yang akan saya bualkan dengan mereka?
• Apa yang perlu saya katakan atau lakukan supaya mereka menjadi kawan saya?
• Apakah akan saya lakukan jika saya tidak diterima sebagai kawannya?

Berlatih dengan seseorang yang boleh anda percayai. Jika cara yang anda lakukan tidak sukses (berjaya), tukar dan cuba dengan cara yang lain pula.

Apakah OK jika mengalami perasaan gementar semasa menjalinkan persahabatan?


Perasaan gementar kadang-kadang dapat dirasai apabila bertemu orang walau kawan biasa tambahan pula dengan orang baru, terutama yang anda minati . Itu adalah perkara biasa. Lama kelamaan keadaan akan kembali seperti biasa selepas anda melaluinya dalam beberapa waktu.



Saya pemalu, Tidak suka mulakan perkenalan. Apa yang harus
saya lakukan? Ramai orang yang pemalu. Mereka lebih suka ditegur
atau disapa terlebih dahulu. Anda masih boleh meneruskan
persahabatan secara begini, tetapi anda akan dapat lebih ramai
kawan jika anda yang memulakan dahulu perkenalan. Cuba mulakan
langkah pertama dan membiasakannya. Perasaan malu akan
berkurangan dan hilang. Jika perlu mintalah bantuan.


Kepada siapakah yang saya boleh minta bantuan?

• Keluarga
• Kawan-kawan
• Guru/Ustaz/Ustazah
• Kaunselor
• Psikologi

Diharap pembaca sekalian mendapat sedikit tips untuk menjalinkan persahabatan dan mendapat manfaat daripadanya!



Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top