Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Sijil HALAL Kopitiam Di Seluruh Negara Diragui Ramai Pihak

Tuesday, July 27, 2010



Hanya Jakim Pengeluar Sah Logo Halal
Petikan Akhbar Mingguan Malaysia
25 Julai 2010



Ini keratan akhbar Kosmo Rabu 24/2/2010 mukasurat 3 mengenai Sijil halal kopitiam yang diragui. Jelas terang dan nyata – cuma kita saja yang suka mengambil mudah.

Namun sedar atau tidak, daripada beratus-ratus kopitiam yang terdapat di negara ini, hanya dua buah sahaja mendapat pengesahan sijil halal dan logo halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).

Kopitiam tersebut ialah Pak Hailam Kopitiam yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara dan Jonker Walk Kopitiam di Melaka.

Dah terang di tulis hanya dua, jadi yang lain-lain tu boleh fikir sendirilah statusnya. Dah banyak sebenarnya hebahan mengenai status halal haram kopitiam tetapi ramai yang lebih berminat ‘ membeli gaya hidup’ untuk menempatkan diri dalam status urban orang bandar.

Pemantauan memang dari pihak berkuasa tetapi kuasa membuat pilihan adalah dari diri sendiri. Masalah ini mudah saja – kalau ragu-ragu , elakkan!


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top