Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Malam Nisfu Syaaban

Monday, July 26, 2010



MALAM NISFU SYAABAN


Malam ni adalah malam Nisfu Syaaban yang mana kita digalakkan solat sunat Nisfu Syaaban sebanyak 2 rakaat selepas solat maghrib.

Selepas solat sunat Nisfu Syaaban, kita juga digalakkan membaca Surah Yaasin sebanyak 3 kali disertai doa bagi setiap bacaan.

Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

Pada siang harinya pula hari ini bersamaan 15 Syaaban, kita digalakkan berpuasa sunat Syaaban.

Ini pula saya dapat dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas:

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran
amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Selamat beramal~~

Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top