Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Lelaki dan Perempuan Ada CAS!

Friday, July 16, 2010



Cas antara Lelaki dan Perempuan
Penulis: Episodbaru


Pernahkah anda terfikir, sebenarnya FITNAH bukan sahaja boleh terjadi apabila berada di belakang seseorang tetapi juga boleh terjadi fitnah di khalayak ramai?

Pada hari ini, zaman MODEN, kita dapat melihat, pergaulan lelaki dan perempuan yang tidak dapat dikawal kerana semua ini merupakan faktor yang tidak dapat dikawal oleh orang lain tetapi hanya diri sendiri yang dapat menapis pergaulan masing-masing. Tahukah anda sebenarnya lelaki dan perempuan tidak kiralah apabila duduk bersama samada berdua atau bertiga, sebenarnya mempunyai CAS antara mereka? Apatah lagi apabila ada berlaku persentuhan antara lelaki dan perempuan samada antara dikalangan remaja, rakan sekerja pejabat yang berlainan jantina atau rakan sekelas.



Mengapa topik ini perlu dibincangkan atau diketengahkan? Sekiranya anda sedar, sejak zaman persekolahan lagi, cikgu-cikgu telah menyusun tempat duduk di dalam kelas bercampur jantina antara satu sama lain. Kita memang tidak dapat menafikan perkara ini kerana kita belajar di sekolah kebangsaan dan bukan sekolah agama. Sejak kecil, kita telah dilatih duduk di sebelah jantina yang berbeza.

Begitu juga di pejabat atau di kelas. Tapi pemikiran kita semasa di sekolah, di tempat kerja, dan di kelas adalah sangat berbeza. Apabila di sekolah, kita tidak sedar kedudukan tempat duduk telah diatur oleh guru kita. Manakala tempat duduk apabila berada di dalam kelas di IPTA atau IPTS dan juga tempat duduk di tempat kerja pula ditentukan oleh diri kita sendiri. Maka, sejak zaman persekolahan hinggalah ke zaman remaja dan dewasa, kita mempunyai pendapat dan cara hidup kita sendiri.


Lelaki dan perempuan apabila bersama tidak kira berdua atau bertiga atau beramai-ramai di sesebuah tempat terutamanya di tempat atau ruang yang kecil PASTI mempunyai cas-cas yang hanya Allah boleh wujudkan cas tersebut antara mereka. Maka, dari situlah wujudnya makhluk ketiga yang suka mewujudkan FITNAH, SELISIH FAHAM, PERGADUHAN dan PERASAAN 'CINTA/SUKA/MINAT' antara lelaki dan perempuan tersebut. Sebagai contoh yang lain, apabila rakan pejabat atau sekelas ingin keluar makan tengah hari, kita boleh lihat pada hari ini, rakan sepejabat lelaki dan perempuan sudah boleh berkongsi kenderaan, duduk sebelah-menyebelah, bersentuh bahu. Pasti ada cas berlaku antara lelaki dan perempuan.

Sekiranya perkara ini berulang, dan situasi ini lebih teruk lagi berlaku antara suami atau isteri yang telah berkahwin, maka sebab itulah berlakunya masalah hingga ke PENCERAIAN, nauzubillahiminzalik ..Bagi yang sedang bercinta pula, berlakulah kecurangan dan sebagainya. Ini kerana apabila berlaku cas tersebut secara berterusan, maka wujudlah perkara yang melibatkan perasaan sebagai contoh sayanglah, cintalah, sukalah, minatlah dan sebagainya.


Masalah utama atau alasan yang biasa kita dengar adalah mereka akan berkata "alaah..biasalah naik kereta sama-sama, itupun jadi masalah ke." Sekiranya kita berfikir sebelum bercakap dan berfikir sebagai seorang Islam, kita akan sedar setiap perbuatan kita itu, kita cuba bandingkan dengan Nabi Muhammad SAW. Memang kita bukan orang yang hebat seperti Rasul Allah, tapi kita beragama Islam, dilahirkan sebagai Islam, mengapa kita suka membiasakan diri melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah kita sebagai Islam. Tidak salah untuk belajar Islam dari bawah, kerana Allah Maha Pengasih dan Pengampun...Mari kita hayati ayat di bawah..


Batas Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan

Pergaulan antara lelaki dan perempuan merujuk kepada percampuran lelaki atau perempuan, mahram atau ajnabi dalam satu tempat. Disini mereka bertemu, bercakap, bertegur sapa bertentang mata dan sebagainya. Topik ini dikhususkan dalam konteks pergaulan lelaki ajnabi dengan perempuan ajnabiyah. Perkataan ajnabi dan ajnabiyah merujuk kepada lelaki dan perempuan yang halal berkahwin antara satu sama lain.


Hukum Asal Pergaulan Antara Perempuan Dan Lelaki Ajnabi

Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak sama dengan pergaulan sesama lelaki atau sesama perempuan. Pergaulan lelaki sesama lelaki dan perempuan sesama perempuan adalah harus. Justeru kedudukan pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi adalah sebaliknya. Ia tidak sewajarnya berlaku berdasarkan hukum yang asal.

Dalil Tegahan

1. Terdapat larangan yang jelas dari Rasulullah supaya wanita tidak bermusafir dan berdua-duaan dengan lelaki tanpa ditemani mahram

2. Wanita tidak diwajibkan berjihad (berperang) kerana Rasulullah menyatakan bahawa jihad wanita ialah mengerjakan haji.

3. Wanita tidak diwajibkan solat berjama’ah kerana ia merupakan majlis perhimpunan ramai yang diberatkan ke atas lelaki.

4. Wanita tidak diwajibkan solat Juma’at kerana kesibukan mereka dengan urusan rumahtangga serta mengelakkan percampuran dengan lelaki yang boleh menimbulkan fitnah.

5. Terdapat hukum khusus bagi wanita untuk mengerjakan haji termasuk ketika mengerjakan ibadah tawaf.

6. Rasulullah melarang kaum wanita berjalan bersama lelaki (bercampur aduk).

Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan Bergaul


Walaupun hukum asalnya tidak boleh berlaku pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, namun atas beberapa alasan seperti darurat, hajat syar’ie, maslahat atau kerana adat setempat yang diakui oleh syarak maka ia diharuskan. Antara keadaan yang mengharuskan pergaulan lelaki dan perempuan ialah :

1. Harus kerana darurat seperti untuk menyelamatkan maruah seseorang perempuan.

2. Harus kerana hajat seperti dalam kes mualamat, kehakiman, kesaksian dan perbicaraan, tugas penguatkuasaan, melayan dengan tetamu dengan kehadiran suami, penggunaan kenderaan awam seperti bas dan keretapi atas tujuan yang harus, berjihad serta atas tujuan menghadiri kelas bimbingan dan sebagainya.

Pergaulan Lelaki dan Perempuan Masa Kini



Antara bentuk pergaulan yang biasa berlaku dalam masyarakat kini ialah pada majlis-majlis kenduri, pejabat, sekolah, pasar, hospital, tempat makan, perpustakaan, kawasan rekreasi dan sebagainya.

Pergaulan di tempat seperti ini diharuskan dalam Islam asalkan kita berpegang dengan prinsip pergaulan dalam Islam seperti cara berpakaian, percakapan, pandangan mata dan sebagainya. Justeru ia boleh menjadi haram sekiranya kita mendedahkan aurat, mengumpat caci orang, bermegah diri, mengada-ngada semasa bercakap, mengendap orang, hilai ketawa dan sebagainya. Kita juga dilarang duduk berdua-duaan kerana ia membawa kepada kegiatan yang tidak bermoral.

Bercampur Semasa Menuntut Ilmu

Terdapat dua pandangan tentang persoalan ini :

1. Ditegah lelaki dan perempuan belajar bersama-sama kerana Rasulullah mengadakan kelas ilmu yang berbeza untuk lelaki dan perempuan.

2. Diharuskan berdasarkan 2 hujah :

a. Ia termasuk dalam hajat yang dibenarkan oleh syarak. Kedudukan ilmu lebih tinggi berbanding dengan keperluan lain dalam hidup manusia.

b. Hadis berkenaan pengasingan kelas lelaki dan perempuan bukan kerana ia satu kesalahan tetapi kerana permintaan kaum wanita sendiri yang merasakan mereka tidak begitu berpeluang belajar dengan baik dengan kehadiran kaum lelaki.

Walaupun kita SEDAR,kita telah melakukan banyak kesilapan, marilah kita memperbaiki kesilapan kita dan bertaubat sebelum terlambat..Walaupun kita tahu, mengapa terjadinya situasi-situasi seperti di atas dan kita pernah melakukannya, tetapi NIAT tetap TIDAK mengHALALkan cara. Marilah bertindak daripada duduk berfikir sahaja..

Jika perkara ini dibiarkan, maka berlakulah bala daripada Allah SWT dan itulah perkara yang paling ditakuti oleh semua manusia yang sangat kerdil di dunia ini. Ini kerana zaman kini, masyarakat Islam sendiri bergaul seperti orang barat yang sudah pastinya tempat mereka iaitu orang kafir di NERAKA, sedangkan kita beragama Islam dan mesti menjalani hidup sebagai seorang Islam untuk menyuburkan hati dan bumi tercinta. Wallahua'lam.


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top