Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Kuliah Bermula 5 Julai 2010 ...

Sunday, July 04, 2010



Dah Register, Masa Untuk Belajar Sudah Bermula!


‘seorang pelajar yang baik bukan sahaja dapat terima ilmu yang disampaikan oleh gurunya, malah dapat meningkatkan semangat dan keyakinan diri gurunya hingga guru tersebut boleh berkhidmat dengan lebih baik lagi pada masa akan datang’.

Motivasi buat diriku dan anda yang bergelar pelajar..

Jika Anda selalu membaca Tafsir Al-Quran lalu mendalami makna tersiratnya, Anda akan temui banyak ayat-ayat Al-Quran menggesa supaya kita selalu berfikir, iaitu berfikir tentang tanda-tanda kekuasaan Allah serta pengajaran di sebalik sesuatu cerita.

Mesti ada sebab kenapa Allah menyuruh kita rajin berfikir.

Mesti ada. Menjadi tugas kita untuk mencari apa sebab kita di suruh rajin berfikir hinggakan ayat suruhan untuk kita rajin berfikir sering di ulang-ulang di dalam Al-Quran.

Dalam sejarah kejayaan manusia, kejayaan bermula dengan berfikir. Orang-orang berjaya adalah orang yang rajin berfikir serta memiliki kemahiran berfikir secara kreatif.

Kita mahu berjaya, kita perlu merubah diri menjadi orang yang selalu berfikir, kemudian selalu berfikir secara kreatif dengan mengutarakan idea-idea spontan, berguna serta unik.

Berfikir penting dalam membentuk diri kita jadi orang berjaya. Kuat berfikir tak semestinya menjadikan kita gila tapi pasti memperkayakan kepala kita dengan berbagai idea.. - Lia Nadia Qistina

Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top