Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Kesan Kenaikan Harga Petrol dan Gula

Tuesday, July 20, 2010



Kenaikan harga petrol, gula langkah tepat kerajaan jimat perbelanjaan
Sumber: Berita Harian



TINDAKAN kerajaan menaikkan harga petrol dan gula baru-baru ini dilihat dapat mengurangkan subsidi bahan api dan gula yang ditanggung kerajaan dan ternyata ia langkah yang tepat dan betul.

Bagaimanapun kerajaan perlu memastikan bahawa peniaga dan pengeluar tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna dengan menaikkan harga yang tidak sewajarnya. Kesan ke atas pengurangan subsidi ini ke atas produk makanan adalah minimum dengan dalam banyak kes kurang daripada satu sen.

Bahan api (petrol, diesel, LPG) membentuk bahagian terbesar dalam pembiayaan subsidi. Harga yang tinggi menggambarkan harga pasaran yang menggalakkan orang ramai dan industri untuk mengurangkan penggunaan bahan api.

Ini penting kerana bahan api ini adalah sumber yang semakin lenyap dan jika penggunaannya terus tidak berkurang maka kita akan menjadi pengimport minyak sepenuhnya dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Pendapatan daripada bahan api menyumbang lebih daripada 50 peratus daripada hasil pendapatan kerajaan.


Gula pula adalah bahan toksik oleh itu ia tidak perlu diberikan subsidi kerana ia bahan yang boleh membawa banyak kemudaratan kepada kesihatan kita. Wang yang dibelanjakan untuk gula boleh digunakan untuk perbelanjaan lain yang lebih bermanfaat.

Menghapuskan subsidi seharusnya menjadi pelan komprehensif bagi pengurusan kewangan negara yang lebih mapan. Kerajaan juga mestilah turut serta dalam menghapuskan pembaziran dan rasuah.

SM MOHAMED IDRIS Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).



Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top