Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Hubungan Lidah Bercabang dan Talam Dua Muka

Thursday, July 15, 2010



Lidah Bercabang vs TALAM DUA MUKA

Artikel ihsan: Pekasam dan Taman Firdausi


Mari kita baca artikel di bawah yang patut kita kongsi bersama daripada laman web pekasam dan taman firdausi...

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai.

Lidah bercabang bermaksud Percakapan yang berubah-ubah dan tidak boleh dipercayai.

Lidah Bercabang memang menakutkan, tapi memang wujud insan2 seperti ini. Di depan tampak manis, bercakap pun lembut gigi dari gusi tapi di belakang kita hanya Tuhan aje yang tahu. Orang seperti ini bersandarkan alasan hendak cuba ‘please’, tinggalkan ‘good impression’ dan ambil hati semua orang… tak nak bermusuh2… tapi tanpa disedari, golongan ini lah yang selalunya menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham.

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. Pasai aku kata merbahaya? Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali.

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin.
Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari.

Manusia talam dua muka ini sebenaqnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita.
Talam dua ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Dalam Islam, orang sebegini boleh dianggap sebagai munafik. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.


Talam muka pula amat pandai memberi pujian tetapi pada masa yang sama boleh bertukar menjadi seperti musuh apabila duduk bersama orang yang lebih tinggi darinya. Niatnya hanyalah satu, untuk membeli jiwa orang diatasnya supaya menjadi sahabat barunya. Sahabat lama, dilupai dan dijatuhkan tanpa perasaan belas!

Setia la sangat, tapi belakang bukan main. bercakap macam apa yang disampaikan tu betul. tak fikir apa dah. Apa yang insan2 ni tau, dia blh sampaikan apa yang dia nak sampaikan tanpa dia sedar apa yang dia sampaikan itu boleh mengundang pergaduhan yang besar. orang yang tidak ada kena mengena pun terbabit sama disebabkan lidah yang bercabang 14 tu.


Satu lagi simpulan yang boleh dipasangkan dengan lidah bercabang ni adalah talam dua muka. Si pulan ni memang blh geng, kalau takde salah satu memang tak cukup sifat la insan2 tu..simpulan bahasa tersebut ialah yang membawa maksud ‘Talam dua muka‘

Talam Dua Muka Agak sukar bersemuka dengan golongan ini jika sebarang konflik timbul. Kerana sudah tentu mereka akan tonjolkan diri mereka yang terbaik di hadapan kita dan tidak mahu mengakui kesilapan mereka. Nasihat-nasihat yang diberikan ya Allah, mengalahkan kaunseling bertauliah. Bila dah dijerat kerana lidah yang bercabang 14 tu, mula la tunjuk sedih. mintak maaf sana sini. Mereka akan kata “ya, saya mengaku mungkin ada kesalah dari pihak saya”, tapi hello… mereka adalah talam dua muka @ lidah bercabang… Adakah anda rasa anda boleh 100% benar2 mempercayai sebarang kata2 yang terbit dari mulut mereka?

Mungkin ya… kerana kita harus sentiasa memberi peluang kepada mana2 pihak untuk membela diri mereka dan bersuara. Cuma jika kalau kata2 dusta dari mulut mereka mudah terucap seperti air yang mengalir, hmm… fikir2 kan lah…


Namun begitu, kita harus juga mengambil kira semua kata2 mereka. Cuma, yang penting kita haruslah berhati2 dan tidak boleh mempercayai bulat2 segala kata2 mereka… Nak atau tidak, rasa syakwasangka terpaksa ditimbulkan untuk mengelakkan diri kita dari dianiayai dan tertipu.


Apa yang saya boleh rumuskan dari artikel di atas ialah, Allah sentiasa berada pada pihak yang BENAR...Mengapa?Dia tahu segalanya..Dia telah beri jalan yang baik berdasarkan pada alasan yg diberikan oleh si pulan kepada si pulan yang lain...tetapi bila sudah dapat mengatasi alasan tersebut dengan izin Allah, wujud pula alasan lain....mengapa semua ni selalu terjadi....Hanya Allah lah mengetahui agenda seseorang kecuali yg tidak baik dan Dialah yg akan membalasnya satu hari nanti...Allah beri cash pada semua orang atau makhluk yang mempunyai niat tidak baik pada seseorang...masyaallah....Berilah petunjuk kepada golongan ini supaya mereka sedar dan keturunan mereka juga tidak seperti mereka....

Dan golongan ini bukan hanya di peringkat umur tertentu, bidang profesional atau tidak, tetapi gologan ini berada dalam semua jenis dan peringkat....Ya Allah, jauhilah golongan ini kerana golongan ini akan merosakkan masyarakat....
Sesungguhnya kami hambaMu yang sangat LEMAH....

Ingatlah bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Setiap apa yang diucap akan diperjawabkan di akhirat kelak. Hanya perkataan-perkataan yang diredhai Allah akan dicatit, manakala perkataan-perkataan yang mendatangkan kebencian Allah akan dicatit atas kemurkaan-Nya sampai hari qiamat.


Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang pa-ling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".

Kemudian Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir? (Surah az-Zumar ayat 32).


Maka, bermaafanlah sebelum terlambat...


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top