Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Tutorial Google Docs

Monday, July 26, 2010



Apa kelebihan Google Docs?
Koleksi Artikel



Ada yang tak tahu tentang Google Docs? Kalau tak tahu, ini adalah satu cara alternatif untuk membina dokumen(Seperti Microsoft Word) dan juga lembaran kerja atau spreadsheet (Seperti Microsoft Excel) tanpa perlu menggunakan Microsoft Office.

Kita boleh buat fail berformat .doc,.xls dan juga .ppt dalam Sony PSP, iPod Touch ataupun PDA.


Pernahkah anda terfikir untuk membina fail seperti dokumen untuk menaip surat
menyurat, lembaran kerja untuk pengiraan akaun atau pun membina fail
persembahan (presentation) tanpa aplikasi pejabat seperti Microsoft Office
atau pun Open Office?

Sekarang ini, tanpa perlu memasang aplikasi pejabat seperti yang dinyatakan tadi, anda masih boleh menggunakan kemudahan tersebut secara online. Dan ianya percuma (selagi anda ada sambungan internet).

Pihak Google telah menawarkan perkhidmatan aplikasi pejabat ini secara
percuma yang merangkumi pemprosesan perkataan (word processing), lembaran
kerja (spreadsheet) dan persembahan (presentation) secara percuma.


Aplikasi pejabat online ini telah dilancarkan pada Ogos 2005 iaitu dengan aplikasi pertamanya, pemprosesan perkataan. Pada 10 Oktober 2006, Google telah
menggabungkan dua aplikasi iaitu pemprosesan perkataan dan lembaran kerja.
Aplikasi terakhir ialah aplikasi persembahan yang diperkenalkan pada
17 September 2007.


Google Docs boleh melakukan fungsi-fungsi asas yang tersedia pada aplikasi
pejabat pada komputer anda seperti menaip, meletakkan bullet list, membina jadual, memasukkan imej dan grafik, membuat formula dan pengiraan, dan lain-lain lagi.

Sekiranya anda mempunyai fail dalam komputer anda yang ingin disimpan dalam talian atau ingin berkongsi fail dengan rakan-rakan lain, anda boleh memuat naik fail-fail seperti DOC, XLS, ODT, ODS, RTF, CSV, PPT dan lain-lain lagi.


Simpan Google Docs sebagai fail PDF

Salah satu kelebihan Google docs ialah ia mempunyai fungsi menukar atau menyimpan fail dalam bentuk pdf dan mengeksport beberapa fail lain iaitu format DOC, XLS, CSV, ODS, ODT, PDF, RTF dan HTML.


Sekiranya anda mahu menukar fail seperti Word ke pdf, upload dan simpan sebagai fail pdf. Tak perlu perisian tambahan lain. Mudahkan!

Ingat ya, kena ada akaun google baru boleh guna servis ni. Berkenaan entri pagi ini, semalam aku baru dapat tahu yang Google Docs semakin rancak dengan fungsi barunya iaitu, kebolehan untuk menghasilkan persembahan slaid atau slideshow presentation.

Selamat mencuba!



Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top