Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

Wow!Tukang Sapu Beli Lamborghini

Sunday, June 20, 2010



Cerita Tukang Sapu

(hehehe..ini bukan gambar sebenar ya!)

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ
telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email
anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan
yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan
bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Cuba teka, adakah wanita itu berjaya mendapat perkerjaan tersebut? Klik
baca selanjutnya di bawah!

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki
RM10. Lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja.

Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.


Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan
email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang
besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi
tukang Sapu di MSC Cyberjaya”.

***Thanks so much sakinah for the story!


Related Posts by Categories



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top