Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hukum Menipu Dalam Peperiksaan

Wednesday, June 16, 2010



HUKUM MENIPU DALAM PEPERIKSAAN/UJIAN!
Ihsan: Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Musim peperiksaan merupakan saat yang ditakuti oleh kebanyakan pelajar. Ini kerana mereka mesti bersedia sepenuhnya sebelum menjawab peperiksaan. Tetapi adakah semua pelajar akan bersedia 100% atau 50% atau lebih teruk 1-10% sahaja bagi menghadapi peperiksaan atau ujian??? Maka terjadilah perkara seperti di dalam gambar-gambar di bawah iaitu aktiviti MENIRU! Tetapi takutkah pelajar kepada Allah SWT sekiranya mereka meniru dalam peperiksaan atau ujian?


Islam sebagai satu cara hidup memberikan panduan di dalam setiap perkara yang dilalui oleh muslim di dunia ni. Cumanya tinggal, kita nak ikut atau tak... Yakinlah setiap peraturan yang ditetapkan adalah untuk kebaikan umatnya.

Setiap peraturan yang memberikan kemudharatan akan di berikan keringanan daripada Allah. Sebagai contoh mudah, dalam solat kena berdiri, tapi kalau menjadi mudharat kepada umat, Allah SWT membenarkan solat duduk dan seterusnya (InsyaAllah semua tahu).


Contoh lain, kalau tak de air atau sakit tak boleh ambil wudhu', Islam benarkan tayyamum, di mana tayyamum ni mudah je.. tak susah.. Agama itu mudah,

Firman Allah: (maksudnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia
tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. (Surah al-Baqarah: 185)

Firman Allah: (maksudnya) Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (Surah al-Nisa: 28).



Dalam hadith Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).

Tapi..kalau MALAS tu lain ceritanya..Jangan memandai nak tafsir bukan-bukan....

Curang Dalam Ujian


Oleh: Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz


Curang dalam ujian, ibadah atau mu’amalah hukumnya haram, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam

“Artinya : Barangsiapa mencurangi kami maka bukan dari golongan kami” [Hadits Riwayat Muslim, kitab Al-Iman no 101]


 Maka seharusnya menghindari perbuatan tersebut dan saling mengingatkan untuk meninggalkannya.


Ini mencakup semua bentuk kecurangan dalam mu’amalah dan ujian. Maka para mahasiswa dan mahasiswi tidak boleh berbuat curang dalam semua keadaan berdasarkan hadits tersebut. Hanya Allahlah sumber petunjuk.

Maka tiada bezalah sekiranya meniru semasa peperiksaan, ujian malah semasa bekerja di pejabat jika kita mengambil hak orang lain tanpa pengetahuannya juga merupakan salah satu amalan seperti meniru kerana menipu! Wallahua'lam!



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top