Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Amalan Terbaik Pahala Bekalan Akhirat

Wednesday, May 26, 2010



AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan
fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang
lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH
akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah
untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga
jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan
izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia
makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan
itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3
jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan
dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali
pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti
yang dihadapi oleh para nabi.

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali
pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan
sembuh.

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat
banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH
catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap
selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam
menghadapi apa jua masalah.

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat
berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir
dan doa seketika bersama makmum.

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda
makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya
terlalu kenyang & mudahkan penghadaman.

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap
selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp
sebarang bencana.


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan
menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang
penyakit yang berkaitan dengan hidung.

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim)
tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar
75 kali sehari.

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya
fitnah.

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan -
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang
berada di kiri badan) mengepam darah.

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu
membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan
mendapat keampunan daripadaNYA.

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan
An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon
perlindunganNYA) - Bukhari.

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang
akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat
kemurkaan ALLAH.

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub.
Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa
perlu mandi wajib jika ingin tidur.

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin,
akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang
melalaikan.

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat
melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain
(krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari.

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada
baginda SAW.

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas
(mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan
sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi
SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim)
tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya
beristighfar 75 kali sehari.

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi
memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak
bosan (atau tersinggung) - bukhari.

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali
tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan
dosa-dosa kecil seseorang.

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith:
Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut
(kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud.

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya.

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak
100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan
keadaan bercahaya - Abu Naim.

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya - Bukhari.

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka
baginya.

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih.

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu
sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda
penghormatan) - Muttafaq Alaih.

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari
tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun &
wabak penyakit berbahaya yang lain.

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur
hamba terhadap ALLAH - Abu dawud.

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat
mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH
akan hajatnya.

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila
mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika
salamnya tak berjawab, beliau beredar.

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya
dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap
selesai solat Maghrib.

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu
itu adalah sedekah-Ad-Dailami.

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik
dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti
dengan usaha yang berterusan.

Wallahua'lam



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top