Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: UiTM hanya ambil pensyarah berkemahiran

Friday, January 08, 2010



UiTM PERLUKAN PENSYARAH BERKEMAHIRAN
Sumber: harianmetro


SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensyaratkan individu yang ingin memohon sebagai pensyarah di situ perlu memiliki sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam industri berkaitan bagi melahirkan tenaga pengajar yang benar-benar berkualiti.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar, berkata kakitangan akademik yang sudah berkhidmat di UiTM pula akan diberikan latihan industri bagi membolehkan mereka meningkatkan kepakaran dalam bidang masing-masing sekali gus dapat melahirkan graduan bermutu.

“Bagi saya, pengambilan pensyarah baru perlu diwajibkan supaya mempunyai pengalaman industri sekurang-kurangnya lima tahun untuk menjadi tenaga pengajar yang benar-benar berkualiti.

“Malah kadangkala kita lihat lepasan ijazah sarjana muda yang mempunyai pengalaman bekerja selama 30 tahun lebih bagus berbanding mereka yang ada PhD (Doktor Falsafah),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Program Kemahiran Insaniah (KI) UiTM dan Pertandingan Projek 1Malaysia peringkat universiti, di sini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai Program KI, Dr Sahol berkata, semua pelajar UiTM peringkat diploma dan ijazah sarjana muda diwajibkan mengikuti program itu bermula semester satu 2009/2010.

“Antara perkara yang ditekankan dalam program ini merangkumi aspek kemahiran generik membabitkan elemen kognitif seperti nilai positif, kepemimpinan dan kerjasama berpasukan.

“Saya melihat kemahiran seperti ini antara elemen yang dikenalpasti amat kritikal dalam dunia pekerjaan yang bersifat global ditambah dengan perubahan teknologi yang begitu cepat,” katanya.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top