Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Peminjam mesti bayar balik PTPTN cara potong gaji pada 2010

Tuesday, January 12, 2010



Peminjam mesti bayar balik PTPTN cara potong gaji pada 2010
Sumber: Bernama (Arkib)


KUALA LUMPUR 22 Sept — Mulai 2010 kerajaan akan mewajibkan semua
peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar
balik pinjaman secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN).

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Dr Zulkefli A. Hassan
berkata, langkah ini bagi memastikan setiap peminjam membayar balik
pinjaman mereka secara teratur dan tetap.

“Orang yang meminjam selepas ini tiada pilihan lain untuk membayar
semula pinjaman mereka. Ini dapat mengatasi budaya dan tabiat peminjam
yang liat membayar,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan
komputer riba kepada 32 penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam, menerusi
Tabung Pinjaman Pendidikan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa),
di sini hari ini.

Bagi membolehkan langkah itu dilaksanakan, Dr Zulkefli berkata kerajaan
akan meminda Akta PTPTN bagi membolehkan majikan melakukan pemotongan gaji pekerjanya secara mandatori.

“Majikan juga harus memastikan pekerja mereka yang meminjam PTPTN perlu
dipotong gaji kerana majikan akan menanggung akibatnya jika gagal berbuat demikian,” katanya. Beliau berkata, sistem itu merupakan satu kaedah
pembayaran balik pinjaman PTPTN selain pembayaran secara on-line dan kaunter.

Sehingga kini hanya 25 peratus peminjam membayar balik secara potongan gaji.
Dr Zulkefli berharap LHDN dapat mengutip lebih banyak bayaran balik itu
tahun depan. Beliau berkata, baru-baru ini LHDN ke Australia dan New Zealand
bagi melihat dan mengkaji sistem yang diguna pakai untuk pembayaran balik
pinjaman pendidikan di negara berkenaan dilaksanakan secara mandatori.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top