Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tidak Setuju Kalimah Allah Di Gereja!

Monday, January 04, 2010



Tidak Setuju - Nik Aziz



KOTA BHARU 3 Jan. – Penggunaan kalimah Allah oleh agama lain tidak boleh dibenarkan sama sekali kerana ia akan menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biar pun dari segi hukum membenarkan agama ‘samawi’ seperti Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah itu tetapi dibimbangi ia disalah gunakan pihak tertentu.

Beliau berkata, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian yang menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

“Kita bimbang dan takut orang ini salah guna perkataan Allah iaitu salah guna dalam pengertian, sebab itu dalam fiqah kita boleh sekat orang bukan Islam guna perkataan Allah walaupun benda itu harus.

“Saya juga bimbang kalimah ini disalah guna sehingga menyebabkan orang Melayu beragama Islam keliru... dia kata sana Allah, sini pun Allah sehingga akhir-akhir ini dia minta gereja pun dipanggil masjid Kristian.

“Pengunaan Allah boleh tetapi dibimbang disalah guna, jadi lebih baik kita berhenti daripada membenarkan agama lain guna perkataan Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baru Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri di Jalan Telipot di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia ada hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 1 Mac 2009, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar di sini menegaskan, tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Ini kerana, kata beliau, dalam al-Quran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.

Sementara itu, Nik Aziz hari ini memberitahu, masalah penggunaan kalimah Allah timbul kerana tiada badan perunding antara pihak Islam dan Kristian untuk menyelesaikan kemelut itu dengan baik menyebabkan ia kini menjadi isu sensitif.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya badan rundingan itu diwujudkan secepat mungkin.

“Majlis rundingan itu boleh dianjur NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau kerajaan sendiri secara terbuka atau tertutup.

“Kalau kita biar Kristian dengan Kristian dan Islam dengan Islam akan timbullah masalah seperti ini. Orang kita tidak suka berdepan begini,” katanya.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tiada halangan jika dipanggil menjadi ahli panel dalam majlis rundingan tersebut bagi menjelaskan keadaan sebenar.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top