Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Tan Sri Mohamed Rahmat Meninggal Dunia Sewaktu Tidur

Friday, January 01, 2010



PEMERGIAN TAN SRI MOHAMED RAHMAT

Al-Fatihah...



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, pagi ini.


Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72
pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Anggota Parlimen Pulai, berkata
bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.

"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Beliau berkata, allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang
sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top