Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

1 TAHNIAH: Angkasawan Negara Sheikh Muzaffar dan Serina Chef Wan

Saturday, January 02, 2010



TAHNIAH: PERTUNANGAN SHEIKH MUZAFFAR DAN PERKAHWINAN SERINA CHEF WAN

Serina Sah Bergelar Isteri


KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Serina Redzuawan, 26, sah bergelar isteri kepada Pengarah Eksekutif Football Focus Sdn Bhd, Gavin O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahuddin Ghaffar, 33, setelah dinikahkan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Serina, yang berwalikan bapanya Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Na'zafudin Mohd Nadzir pada jam 11.29 pagi dengan disaksikan kaum keluarga dan rakan-rakan artis.

Serina, yang anggun mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie pada majlis akad nikahnya itu, kelihatan ceria selepas Mohd Na''zafudin mengesahkan ikatan perkahwinannya dengan Salahuddin, yang berasal dari England.

Kemudian, Chef Wan membaca kenyataannya kepada Salahuddin sebelum menyerahkan Serina kepada menantunya itu.

Ini disusuli dengan Salahuddin menyerahkan mas kahwin RM1,000 serta wang hantaran sebelum menyarung cincin ke jari Serina semasa upacara membatal air sembahyang.

Selepas itu, kedua-dua pengantin saling bertukar hantaran dengan Salahuddin memberi wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran termasuk alat solek, sepersalinan baju, senaskhah al-Quran dan kek.

Pengantin perempuan membalas dengan sembilan hantaran termasuk senaskhah al-Quran, kemeja, jam tangan, tali pinggang serta set minyak wangi.

Serina, yang popular dengan drama siri kepolisan Akademi Polis dan Roda-Roda KL, ketika ditemui selepas majlis itu meluahkan rasa gembiranya serta mengakui perlu melalui fasa baru dalam kehidupan berumah tangga yang memerlukan komitmen tinggi.

"Saya mempunyai tanggungjawab yang berat memandangkan suami saya seorang mualaf, maka saya perlu membimbing suami, saya perlu memberi contoh yang baik kepadanya dan Insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik demi kebahagiaan kami," katanya.

Sementara itu, Chef Wan ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur kerana dapat menyempurnakan majlis pernikahan anaknya.

Chef Wan berkata semasa membaca kenyataan kepada menantunya itu, beliau tidak dapat menahan perasaan sedih dan menangis kerana terkenang pelbagai peristiwa lama.

"Saya terkenang kembali saat saya melalui proses perceraian, Serina yang masih kecil ketika itu, perlu mencari nafkah untuk membesarkan anak-anak, kisah percintaan Serina dengan pelakon allahyarham Hani Mohsin suatu ketika dulu dan saya turut bersyukur kerana saya dapat kahwinkan anak dan melihat sendiri pernikahannya, " katanya.

Sebagai seorang bapa, katanya beliau mendoakan kebahagiaan rumah tangga anak gadisnya itu akan berkekalan dan sempat memesan kepada Serina supaya menghormati suami.

Menurut Chef Wan beliau juga begitu teliti dalam persiapan majlis perkahwinan Serina memandangkan perkahwinan anaknya itu merupakan promosi kebudayaan kepada negara kerana ia bakal disiarkan di seluruh dunia menerusi saluran Asian Food Channel (Astro-Saluran 703) pada Februari ini.

Beliau berkata AFC akan menayangkan selama dua jam di saluran mereka untuk mempromosikan Malaysia dan adat budaya perkahwinan Melayu menerusi perkahwinan Serina dan Salahuddin.

Majlis merisik dan bertunang pasangan itu diadakan semalam di Hotel The Royal Chulan diikuti majlis berinai kecil pada sebelah malamnya di Hotel JW Marriot.

Majlis berinai besar akan diadakan malam ini di Restoran Neon, Jalan Sultan Ismail di sini dan diikuti majlis persandingan malam esok. - Bernama

Dr. Sheikh Muszaphar Milik Dr. Halina


Angkasawan negara kita, Dr. Sheikh Muszaphar akhirnya dah selamat bertunang dengan Dr. Halina hari nie (1 Januari 2010). Cuba tengok gambar pertunangan Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina kat atas tue. Memang dua-dua sama cantik dan sama padan. Sorang pakai baju kelabu sorang pakai baju pink. Nie kalau kawin nanti dapat anak mesti hensem and cute-cute kan?

Tahniah buat angkasawan negara kita. Semoga segalanya selamat menuju perkahwinan yang dirancang pada 10/10/2010 nanti.



Related Posts by Categories



1 comment

Anonymous said...
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top