Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PM Lancar Tahun Kreativiti Dan Inovasi Malaysia 27 Jan

Friday, January 22, 2010



PM Lancar Tahun Kreativiti Dan Inovasi Malaysia 27 Jan
Sumber: Bernama


KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pelancaran tahun 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 27 Jan ini dilihat tepat pada masanya dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan pencipta terutama di kalangan generasi muda ke arah mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dato Dr Mohamed Shariff Mohamed Din berkata dengan pelancaran itu nanti, beliau yakin golongan muda terutamanya mampu menjadi lebih kreatif dan seterusnya mampu berfikir di luar kotak.

" Bila kita katakan inovasi itu maksudnya kita mesti fikirkan sesuatu yang baru...kita kena perbaiki diri sendiri, dari itu kita boleh memudahkan kehidupan kita, lebih efektif, lebih efisien.

"Jika kita tidak membuat perubahan dari sekarang, negara kita akan ketinggalan daripada pelbagai aspek. Lihat negara maju seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan negara Eropah...mereka maju disebabkan inovasi. Kalau kita tak berinovasi kita akan ketinggalan, " katanya kepada Bernama di pejabatnya di kampus UPM Serdang di sini.

Beliau berkata negara kini mempunyai banyak komoditi yang boleh dimanfaatkan bagi menghasilkan banyak penemuan baru, dan kerana itu kita tidak boleh cepat berpuashati.

Sebagai contoh, katanya Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit, tetapi daripada pokoknya banyak lagi produk yang boleh hasilkan dan itulah yang perlu dilakukan.

" Kita tidak seharusnya puashati apabila menghasilkan satu penemuan sahaja seperti daripada minyak sahaja....tapi sebenarnya banyak lagi yang boleh kita hasilkan," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Sharif berkata tidak ada istilah terlambat dalam usaha untuk memulakan transformasi ini(inovasi dan kreatif) kerana yang paling penting ialah menanam budaya (inovasi) tersebut bermula dari sekarang.

" Kita mesti bermula dengan apa sahaja. Kalau kita tak mencapainya 100 peratus pun menjelang 2020 paling kurang kita telah adakan budaya kita untuk berinovasi dan berkreatif.

"Kalau tak capai pun pada masa tu mungkin menjelang 2030, tapi proses itu mesti berlaku, bukannya kita mulakan hari ini esok berhenti..tak boleh. Ia mestilah proses yang berterusan, sangat penting untuk mencapai kejayaan," katanya.

Mohamed Shariff berkata inovasi dan kreatif juga boleh diterapkan dalam sistem pembelajaran di negara ini agar ia boleh menjadikan pelajar mampu berfikir di luar kotak namun sistem itu perlu dilihat kembali.

Beliau berkata untuk mentransformasikan masyarakat agar menjadi kreatif dan berinovasi, penjelasan mengenai kebaikannya kepada individu dan negara perlu dipergiatkan.

"Masyarakat perlu difahamkan bahawa dengan berkreatif dan berinovasi negara boleh maju dan tidak lagi ketinggalan berbanding negara maju yang lain.

"Dengan adanya globalisasi, persaingan antara negara-negara memang hebat, dan hanya negara yang berinovasi dan berkreatif akan lebih maju dari segi teknologi," katanya.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top