Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Bertenang Isu Kalimah Allah di Gereja - Najib

Monday, January 04, 2010




PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima memorandum bantahan supaya rayuan keputusan mahkamah membenar penggunaan kalimah �Allah� daripada jurucakap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia selepas majlis Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pekan, semalam. Seramai 25 NGO menyertai penyerahan memorandum itu. - Foto Bernama

Najib menghadap Seri Paduka isu keputusan benar gereja guna kalimah

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu 'memanaskan' isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan amat memahami perasaan dan sensitiviti umat Islam di seluruh negara dan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk mempersembahkan taklimat mengenainya.

Beliau berkata, kerajaan juga sedar dan prihatin dengan pelbagai reaksi, termasuk pemimpin Islam parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung keputusan itu.

"Oleh kerana isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan, terutama umat Islam, maka kita hendaklah mengambil sikap bertenang dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah.

"Keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan masih ada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk membuat rayuan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan buat rayuan," katanya selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kawasan Parlimen Pekan 2009 di sini, semalam.

Semalam, media melaporkan pemimpin Islam parti politik dan NGO Islam bimbang implikasi keputusan itu dan mahu kerajaan menyegerakan proses rayuan.

Mereka berpendapat keputusan itu melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi dan mahu ia diperhalusi supaya sensitiviti agama dan kaum diambil kira.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata, beliau akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

"Saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Seri Paduka berkenan, akan diberi taklimat dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja," katanya.

Najib juga berharap isu itu tidak diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi, petisyen dan memorandum.

"Kerajaan putuskan akan dibuat rayuan... saya berharap keadaan ini tidak bertambah teruk lagi. Kita berharap penyelesaian penuh kebijaksanaan untuk menyelesaikan isu yang amat sensitif ini.

"Saya juga tak galakkan mereka membuat perkara yang boleh memanaskan keadaan kerana saya tahu perasaan umat Islam... macam mana mereka begitu terkilan. Saya berharap perkara amat sensitif ini, kita biarkan kerajaan tangani sebaik-baiknya melalui proses rayuan di mahkamah," katanya.

Terdahulu, sebelum Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Umno bahagian dan menerima memorandum daripada 24 NGO Pahang berhubung isu berkenaan.

Jurucakap NGO berkenaan, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berkata, KDN perlu memfailkan rayuan secepat mungkin bagi melenyapkan keresahan Islam.

"Semua pihak perlu menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian Islam," katanya.

Amidi juga meminta semua pihak menghormati keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa kalimah 'Allah' adalah eksklusif bagi agama Islam saja.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top