Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

11 MENARIK: Dayana Juara Idola Kecil 2 TV9

Sunday, January 03, 2010



DAYANA JUARA IDOLA KECIL 2


SHAH ALAM 2 Jan. - Memiliki vokal yang baik dan pandai menguasai pentas membolehkan Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah (Dayana) dipilih sebagai juara Idola Kecil 2 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) malam ini.

Kemenangan itu membolehkan Dayana, 10, merangkul hadiah wang tunai RM10,000 sumbangan TV9 selain sijil penyertaan, pingat dan hamper.


Dalam pertandingan akhir itu, Dayana mendendangkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu baru berjudul 'Satu Impian' dan 'Jika Kau Ubah Fikiran' nyanyian asal Mila.

Tempat kedua pula dimenangi Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 12, yang memperoleh wang tunai RM5,000, sijil dan hamper, manakala Zur'Ain Abd. Rahim, 12, mendapat tempat ketiga dengan hadiah RM3,000, sijil serta hamper.

Tiga lagi peserta iaitu Mohd. Farid Mohd. Azmi, 12, Nurul Natasha Jaffri, 11, dan Muhamad Fhazrill Fesol, 11, bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing menerima RM1,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin.

Selain hadiah berupa wang tunai dan sijil, beberapa peserta bakal menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Sony Muzik selain diserapkan dalam beberapa program TV9.

Malam kemuncak Idola Kecil 2 diadili barisan juri profesional iaitu penyanyi Atilia, Ketua Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar dan komposer, Adnan Abu Hassan.

Di pentas akhir, mereka dikehendaki mendendangkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu baru dan persembahan kedua dengan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh artis popular tanah air.


Related Posts by Categories



11 komen

kakak aku asyik sebut pasal dayana ni huhu

January 3, 2010 at 9:38 AM
ZihNuN FaTiN said...

sy de tgk tengok semalam idola kecil tapi xtgk smpi hbs..mmg dh agak dayana yg menang..suara tak macam budak kecik..mmg sedap,dh la cantik!=)

slm ziarah..

January 3, 2010 at 9:45 AM
eb! said...

yeke azuan?
hihihi kakak u minat dayana la tue ;))

January 3, 2010 at 12:55 PM
eb! said...

nape tak tgk abis zihnun..hehe tp mmg best suara dayana, pg tadi pun masuk nasi lemak kopi o tv9...
apepun tahniah juga kepada adik azzam and adik ain...tapi kite doakan mereka berjaya dalam hidup mereka insyaallah ;;)

January 3, 2010 at 12:58 PM
Eyriqazz said...

comel dan berbakat dayana..tak sempat tgk cite ini

Great Teacher Onizuka

January 3, 2010 at 1:22 PM
Anonymous said...

fyra;

saye memg mint kat dayand sejak first consert agy...suare dye memg memukau para penonton yg hadir mse 2...tk lpe juge kpd adk azam..akak mint sgt dengan suare adik...k...good luck 4 dayana n azam...chiyok2

January 22, 2010 at 10:32 PM
ikram asal kelate bereh blak0 said...

w0w qiut ny0 :x
my name is ikram fr0m kelantan

November 21, 2011 at 10:40 PM
ikram asal kelate bereh blak0 said...

qiut ny0 bud0k nie.....!!!!!

November 21, 2011 at 10:42 PM
Anonymous said...

Taniah dayana.Saya dah agak punya mesti awak menang.Saya tak sangka azzam naib johan pulak tu hehehehe.Good luck dayana and azzam.Terus kan usaha anda k.Dari saya singapura.Nama saya aniqah

March 9, 2012 at 7:35 PM
Anonymous said...

good luck dayana,ain and azzam

March 9, 2012 at 7:36 PM
Anonymous said...

ah!!!!!!!!!!!!!!!so cute lh dayana.good luck 2 dayana and dayana

March 12, 2012 at 3:17 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top