Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

3 Konsert Satu Suara Aizat, Faizal Tahir

Tuesday, January 26, 2010



Konsert Satu Suara Aizat, Faizal Tahir
Sumber: gua.com.my


Konsert Satu Suara menggabungkan dua ikon seni berbakat besar iaitu Aizat dan Faizal Tahir. Mereka berdua akan berkongsi pentas di Istana Budaya bagi menjayakan persembahan selama tiga hari berturut-turut bermula 12 Februari depan.

Konsert ini merupakan cetusan idea kakak ipar merangkap pengurus Dato’ Siti Nurhaliza, Rozie Abdul Razak. Setelah hampir 15 tahun dalam industri hiburan tanahair, Siti memberitahu sudah sampai masa untuknya melakukan sesuatu buat industri hiburan tempatan dengan membuka ruang kepada bakat baru dalam konsert terbitan syarikatnya, Siti Nurhaliza Production (SNP).

Justeru, tika dicadangkan oleh pengurusan SNP untuk menerbitkan konsert artis lain, nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran. Antara kriteria pemilihan mereka adalah bakat Aizat dan Faizal, bukan sahaja dalam nyanyian, malah dalam penciptaan lagu dan lirik di samping berkebolehan bermain alat muzik.

“Nama Aizat dan Faizal terus terlintas di fikiran Siti kerana mereka merupakan antara pelapis seni yang cemerlang dimana kedua-duanya mempunyai pengikut yang ramai,” ujar Siti.

Konsert Satu Suara memberi peluang kepada Aizat dan Faizal untuk muncul dalam segmen solo masing-masing, seterusnya bergabung untuk berduet. Kemudian mereka akan muncul dalam segmen trio bersama Siti.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam setengah itu akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan tujuh orang pemuzik profesional di bawah pimpinan pengarah muzik Sze Wan serta 20 orang pemain string dari Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Untuk konsert pada 12 Februari ini, yang akan dijayakan dengan kerjasama AEON Co. (M) BHD, akan melihat 5% daripada hasil jualan tiket disumbangkan kepada Malaysian AEON Foundation. Tiket konsert pada 12 Februari dijual pada harga RM103, RM153, RM233, RM323 dan RM383, manakala harga tiket pada 13 dan 14 Februari dijual pada harga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM300.

Related Posts by Categories



3 komen

ini blog wirdah said...

aizat n FT mmg layak bergandingan dgn Dato' siti..
trio ni mmg mantap seyh ..

January 29, 2010 at 2:53 PM
ini blog wirdah said...

aizat n FT mmg sesuai bergandingan dgn Dato' CT.
trio yg mantap seyh ..

January 29, 2010 at 2:56 PM
Aidi-Safuan said...

tiket baru bukak 2 jam da nak abes da. nasib baik sempat tempah arituh

January 29, 2010 at 10:12 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top