Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 IPT Diberi Kebebasan

Friday, January 08, 2010



IPT diberi kebebasan
Oleh: Faizatul Farlin Farush Khan


GEORGETOWN: Kementerian Pengajian Tinggi memberi kebebasan kepada institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk membentuk Parlimen Mahasiswa bagi memberi ruang kepada golongan itu meluahkan pendapat yang mampu membangunkan universiti dan negara.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, bagaimanapun berkata pembentukan itu haruslah berpandukan kepada tatatertib dan adab yang perlu bagi seorang mahasiswa berdasarkan modul dirangka universiti masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya menggalakkan IPT membentuk landasan itu bagi memberi peluang kepada mahasiswa belajar bagaimana untuk meluahkan pandangan mereka secara lebih berkesan yang mampu memberi kemajuan kepada negara.

“Modulnya terserah kepada universiti masing-masing bagaimana mereka mahu merangkanya bagi kesesuaian IPT berkenaan kerana ada IPT yang mempunyai lebih banyak cawangan dari yang lain, maka mereka lebih tahu apa yang sesuai.

“Sudah tentu mahasiswa boleh berbincang mengenai politik tetapi perlu ada tata caranya dan masih kekal dalam proses pendidikan,” katanya pada sidang media selepas menerima kertas cadangan daripada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Mohamed Shafiq Abd Aziz, di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor USM, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Terdahulu, Saifuddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara USM dengan Jabatan Kimia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. USM diwakili Dzulkifli dan manakala Jabatan Kimia diwakili Ketua Pengarahnya, N Hithaya Jeevan.

Perjanjian itu bertujuan memberi latihan dan penempatan kepada pelajar USM serta peluang melanjutkan pengajian di USM bagi pegawai Jabatan Kimia.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top