Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Desakan haram gaya rambut wanita

Friday, January 22, 2010



Desakan haram gaya rambut wanita
Sumber: Kosmo!


JAKARTA - Beberapa guru agama di Indonesia meminta supaya pelbagai jenis gaya rambut yang dilakukan oleh wanita Islam diharamkan.

Kelmarin, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan ia menerima permintaan daripada sekumpulan guru agama supaya mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan rambut daripada diluruskan dengan menggunakan bahan kimia.

Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Fatwa MUI, Aminudin Yakub berkata, sekumpulan guru agama Forum Musyawarah Pondok Pesantren Putri di Jawa Timur telah mengemukakan permintaan rasmi supaya teknik meluruskan rambut merupakan satu perlanggaran undang-undang Islam kecuali bagi isteri yang mendapat kebenaran suami.

Menurutnya, guru agama itu turut meminta supaya satu fatwa dikeluarkan bagi mengharamkan gaya rambut funky, punk dan lingkaran.

"Setakat ini, kami belum membuat sebarang keputusan. Pengharaman gaya rambut itu mungkin akan dibincangkan pada masa depan tetapi ia kini bukan satu keutamaan," katanya. - Reuters


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top