Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Alat kesan virus cirit birit menang anugerah utama

Friday, January 15, 2010

Alat kesan virus cirit birit menang anugerah utama
Sumber: Bernama

SHAH ALAM: Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Kesihatan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Zuridah Hassan menggondol Anugerah Utama Rekacipta, Inovasi dan Rekabentuk UiTM (IID 2010) menerusi penghasilan alat yang dikenali sebagai "RoNo Quick" yang boleh mengesan Rotavirus dan Norovirus.

Dr Zuraidah berkata pada mulanya beliau membuat kajian mengenai alat mengesan Rotovirus semasa menyertai program penyelidikan di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama tiga bulan di Melbourne, Australia daripada Jun hingga Ogos 2008.

"Sekembalinya ke tanah air saya meneruskan kajian mengenai Norovirus dan mencipta alat pengesan virus cirit birit dua dalam satu, RoNo Quick untuk Rotavirus dan Norovirus," katanya selepas menerima anugerah itu pada majlis penyampaian anugerah IID 2010 yang disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof di sini hari ini.

Katanya alat itu masih belum digunakan di dalam bidang perubatan dan Kementerian Kesihatan setakat ini hanya telah meluluskan penggunaan alat mengesan Rotavirus. - Bernama

Related Posts by Categories

0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top