Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Status H1N1 di Malaysia (update)

Sunday, December 20, 2009



Situasi semasa Influenza A(H1N1)
(Bagi Minggu Epid 49/2009 (6 - 12 Disember 2009)

Kementerian Kesihatan Malaysia


MAKLUMAN!!!

Kenyataan akhbar mengenai H1N1 hanya akan dikeluarkan seminggu sekali iaitu pada setiap hari Rabu. Di samping itu, mulai 19 Oktober 2009 (Isnin), perkhidmatan hotline (03-88810200 atau 03-88810300) hanya akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

Kes Kematian : Tiada
Jumlah Kematian : 77

Dalam tempoh seminggu yang lepas (6 – 12 Disember 2009) seramai 537 pesakit baru dengan gejala Influenza-Like Illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan sementara itu 503 kes telah discaj keluar. Pada 12 Disember 2009 (iaitu hari terakhir minggu epid 49/2009), jumlah kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara adalah sebanyak 348 kes di 53 buah hospital termasuk 1 hospital swasta. Daripada jumlah tersebut, hanya 4 pesakit atau 1% merupakan kes Influenza A(H1N1) yang disahkan melalui ujian makmal. Tidak terdapat peningkatan kes-kes influenza A(H1N1) di Malaysia dalam tempoh seminggu yang lepas.

Dalam tempoh yang sama juga, seramai 5 pesakit telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapatkan rawatan lanjut, dan 3 pesakit telah discaj keluar dari Unit Rawatan Rapi. Pada 12 Disember 2009, 3 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi. Ketiga-tiga pesakit tersebut tersebut mempunyai faktor risiko iaitu kanak-kanak bawah 5 tahun (2 kes) dan wanita hamil (1 kes). Tiada kematian akibat Influenza A(H1N1) yang didaftarkan di Malaysia sepanjang minggu lepas dan jumlah kematian masih kekal 77 orang. Sepanjang tempoh seminggu yang lepas, tiada kejadian kluster influenza-like illness dilaporkan.

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top