Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Sifat Malas MEMANG Membawa Kegagalan!

Sunday, December 27, 2009



MALAS MEMANG AKAN GAGAL


Dalam dunia yang serba maju ini, masih ramai lagi yang berundur ke belakang. Sentiasa ketinggalan tanpa meraih kejayaan. Mereka yang seperti ini adalah orang-orang yang malas. Orang yang maju setapak tetapi akan mundur pun untuk beberapa tapak.

Orang ini malas berfikir, malas bertindak, malas melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan malas untuk mencapai kejayaan. Malas adalah salah satu daripada faktor yang menjadi penghapus segala kejayaan yang sepatutnya dicapai. Orang itu mungkin anda!

Dengan hanya merasa malas di hati, fizikal anda akan turut menjadi malas dan sudah pasti fikiran anda akan turut juga menjadi malas. Dengan sifat malas itu, segala apa yang anda impikan akan terus menjadi impian. Sebaliknya, jika anda tukar sikap anda daripada malas menjadi rajin, segala apa yang anda impikan itu akan menjadi kenyataan.

Semua orang termasuk diri anda berhak untuk berjaya dan mencipta kejayaan, tetapi hak itu selalu anda sia-siakan dengan sifat malas yang ada di dalam diri anda. Dengan malas, anda akan hanya mencapai kegagalan demi kegagalan. Orang yang malas adalah orang yang sengaja mencari kegagalan.

Jangan sekali-kali anda melayan rasa malas. Malas yang kecil akan menjadi besar jika ia dibelai dan dilayan. Ini adalah kerana, malas adalah sejenis penyakit yang berkuasa untuk menghapuskan segala impian yang telah dirancang untuk diri dan keluarga anda.

Hapuskan sifat malas dan tanamkan sikap untuk terus bekerja dan berusaha sehingga tercapai segala impian yang telah anda rancang untuk diri dan keluarga anda. Jangan sekali-kali terjerumus ke lurah malas yang akan mengecewakan kehidupan anda seterusnya.

Menjadi seorang ‘gagal sejati’ akan hanya berlaku kepada orang yang malas kerana sifat malas ini akan sentiasa mengheret anda ke arah kegagalan.

Sifat malas juga akan mengikat anda untuk memiliki pemikiran yang menjurus kepada kegagalan walaupun anda mempunyai segala potensi untuk berjaya.

Jangan dilayan perasaan malas yang sudah mungkin terbit di dalam hati dan jiwa anda. Tanamkan suatu kekuatan yang maksima di dalam diri anda dan bebaskan diri anda daripada cengkaman sifat malas yang ada.

Isikan hati dan jiwa anda dengan keazaman yang kuat dan kesanggupan yang jitu untuk memastikan bahawa setiap kejayaan itu akan memihak kepada anda.

Tahukah anda mengapa kita selalu bersikap malas?

1. Kita sudah selesa dengan cara kita

2. Tidak ada sebab mengapa kita perlu berubah

3. Terlalu bergantung kepada seseorang untuk melakukan sesuatu untuk kita,
ini mungkin bibik atau ibubapa kita

4. Tiada ancaman atau kehilangan yang nyata jika kita tidak melakukan
sesuatu atau berubah

5. Hanya pasrah terhadap nasib

Wallahua'lam


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top