Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

1 WAJIB BACA: Perkara Biasa Tapi Larangan Dalam Islam

Monday, December 14, 2009

Assalamualaikum wbr ....

Larangan Perbuatan Yang Merosakkan Tubuh Badan

Mesti baca dan amalkan...Sekadar berkongsi sebagai renungan dan perbaiki amalan kita, Insyaallah...


LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

* Mandi setelah makan.
* Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
* Berada dalam keadaan terl alu lapar.
* Berjaga malam selain dari qiamullail.
* Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

# Memakan daging.
# Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
# Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
# Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
# Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
# Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

# Bercakap banyak.
# Tidur banyak.
# Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

# Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
# Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
# Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

# Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
# Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

# Tinggalkan dari bercakap kosong.
# Sentiasa bersugi.
# Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

# Melihat pekara-pekara yang haram.
# Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
# Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
# Tidak membaca Al-Quran.
# Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
# Mengumpat dan mengata.
# Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
# Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
# Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
# Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

# Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
# Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
# Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADANSEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:

o Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
o Selepas makan atau sebelumnya.
o Ketika sedang makan.
o Selepas memakan buah-buahan.
o Selepas keluar dari bilik mandi.
o Ketika terjaga dari tidur.

Wallahua'lam...

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



1 comment

Anonymous said...

bez la blog ni.Dayang suke....hope dpt di perluaskan lg ttg blog ni.

December 15, 2009 at 4:45 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top